Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Review

Review Hantu Wangan


Walaupun kebelakangan ini filem-filem Ahmad Idham seringkali gagal bersaing dipawagam tempatan, pengarah tersebut dilihat tidak putus asa untuk terus berkarya dan memberi hiburan kepada penonton dan pengemar wayang. Terbaru, beliau tampil dengan naskah komedi seramnya berjudul Hantu Wangan yang telahpun memulakan tayangannya hari ini

Menampilkan Acey Bocey selaku teraju utama, ia mengisahkan Kintang Kintung atau KK (lakonan Acey), seorang pelumba jalanan yang diangkat menjadi pelumba trek oleh Papa (lakonan Cat Farish) yang juga merupakan pemilik bengkel kereta. KK bagaimanapun sering menghadapi kejadian-kejadian yang menakutkan sehingga menganggu tumpuannya sebagai pelumba. Dia seringkali diganggu makhluk halus dan menyangkakan kejadian kemalangan yang meragut nyawa seorang gadis yang dialaminya telah menjadi punca kepada gangguan tersebut. Gangguan yang dialami KK telah merisaukan Papa dan rakan-rakannya yang semakin bimbang kerana hari penting dalam kalender perlumbaan mereka semakin hampir.

Peringkat awal filem ini dilihat selari dengan temanya sebagai sebuah filem komedi seram serta tajuknya yang melibatkan perlumbaan kereta. Seperti yang kita tahu “Wangan” dikaitkan dengan perlumbaan kereta jalanan, jadi Ahmad Idham tidak lupa untuk meletakan 1-2 babak melibatkan perlumbaan kereta dalam filemnya ini walaupun tidak sebanyak seperti filem KL Wangan dan juga Impak Maksima. Filemnya ini lebih menumpukan elemen komedi seram yang melibatkan gangguan yang dialami oleh KK serta usaha rakan-rakannya untuk memulihkan KK. Bagaimanapun, separuh masa kedua filem ini mula berubah hampir 100% dari sebuah filem komedi seram kepada filem romantik yang melibatkan KK dan doktor yang merawatnya. Bagi saya bahagian ini menjadi ‘turning point’ untuk saya katakan Hantu Wangan sudah terkeluar dari trek perlumbaan. Elemen seramnya semakin berkurangan, tiada lagi babak melibatkan kereta, dan komedinya semakin membosankan.

Sebaliknya elemen-elemen penting yang menjadi tunjang kepada filem Hantu Wangan telah diganti dengan elemen drama jam 7 petang sehingga ia membuatkan saya merasa ‘turn off’ untuk terus menonton filem ini. Jujur saya katakan, komedi yang ditonjolkan sangat cliche manakala elemen seramnya hanya mengharapkan babak-babak ‘jumpscare’ dan hantu yang disolek dengan tepung gomak. Saya suka dengan satu babak yang dihasilkan oleh Ahamd Idham dalam filemnya ini, teringat babak dalam filem Talladega Nights dimana Ricky Bobby yang trauma selepas kemalangan cuba kembali untuk memandu di jalanan. Homage barangkali. Apapun sekurang-kurangnya, jalan cerita filem ini tidak meleret seperti pesaingan, KL Wangan.

Saya jarang melihat Acey berlakon melainkan melihatnya sebagai seorang pelawak. Bagi saya beliau mempunyai potensi untuk mengembangkan kariernya dalam bidang lakonan terutama dalam dunia perfileman, cuma saya harapkan dia tidak terbawa-bawa gayanya dalam Maharajalawak Mega ke dalam filem komedi lakonannya. Kualiti lakonan pelakon-pelakon lain seperti Cat Farish dan Nur Risteena Munim bagi saya memuaskan, cuma watak mereka tidak begitu dikembangkan dan hanya statik sebagai peneman kepada watak KK.


Kredit gambar: mStar

Bagaimanapun, ada yang menariknya tentang filem Hantu Wangan ini. Saya suka dengan lagu-lagu latar yang dimainkan terutamanya yang melibatkan perlumbaan kereta. Ia memberi satu booster kepada saya untuk saksikan babak tersebut walaupun aksi perlumbaannya tidak mampu mengatasi filem-filem bertemakan perlumbaan kereta yang lain.

Secara keseluruhannya, Hantu Wangan boleh dikatakan filem tempatan yang “Oklah” untuk ditonton. Acey mampu membuatkan anda sekurang-kurangnya tersenyum dan filemnya tidaklah membosankan. Oh ya! Fokus pada bahagian akhir filem ini, ada sesuatu yang menarik menanti anda.

Rating Kakimuvee: 4.5/10


Related posts

Review Filem: The Exorcist: Believer (2023)

Kakimuvee

Review Filem: The Creator (2023)

Kakimuvee

Review Filem: Sleep (2023)

Kakimuvee

Review Filem: The Equalizer 3 (2023)

Kakimuvee

Review Filem: Malbatt Misi Bakara (2023)

Kakimuvee

Review Filem: Concrete Utopia (2023)

Kakimuvee