Review Filem: White Storm 2 – Drug Lord (2019)

95
views

AMARAN SPOILER.

Sebuah filem yang mengisahkan tentang kehidupan keluarga yang menceburkan diri mereka dalam aktiviti kongsi gelap di Hong Kong. Selain dari kongsi gelap, salah seorang daripada ahli keluarga tersebut turut terlibat dalam penjualan dadah secara haram yang mana menimbulkan kemarahan ahli keluarganya. Dia akhirnya telah dihukum dan akibat daripada hukuman tersebut, dia telah membawa diri dan mengasingkan diri kemudian timbul menjadi pengedar dadah terbesar Hong Kong.

Adiknya pula telah membuka sebuah syarikat dan juga menjadi yang terulung di Hong Kong. Oleh kerana mempunyai sejarah silam yang terlampau menyedihkan dengan dadah, beliau telah bertekad untuk memerangi dadah sehingga ke akar umbi dan bertekad menjadikan negaranya sebagai negara bebas dadah dengan caranya sendiri.

Serbuan demi serbuan dari pihaknya telah dilakukan ke atas tauke tauke dadah dan perkara ini menimbulkan kebimbangan kepada pihak polis apabila individu tadi telah menawarkan jumlah wang yang banyak kepada sesiapa yang berjaya membunuh pengedar dadah terbesar negara iaitu abangnya sendiri.

Bagi anda yang ingin mengetahui kesudahan filem ini, anda semua boleh ke pawagam terdekat dan menontonnya.

Plot cerita yang biasa kita disajikan oleh filem filem dari Hong Kong iaitu berkaitan kepolisan dan kongsi gelap serta pengedar dadah. Walaupun plotnya yang boleh dikatakan tipikal, namun aksi yang disajikan tanpa henti mampu menghilangkan rasa bosan menonton filem ini.

Tanpa plot twist yang tidak dijangka, pihak produksi mampu menangkap mata penonton untuk bersama menonton filem ini lebih kurang 120 minit lamanya. Kepada yang dah lama tak tengok Andy Lau, silalah ke panggung

Rating Kakimuvee : 7.5/10

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here