Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Review

Review Filem: Werewolf By Night (2022)


AMARAN SPOILER!!!

Buat pertama kalinya, Marvel Studios memperkenalkan ‘Special Presentation’ dalam senarai panjang kandungan filem dan siri televisyen Marvel Cinematic Universe mereka. Werewolf By Night adalah satu rancangan khas yang ditayangkan sempena bulan Halloween dan salah satu cara mereka untuk mengangkat watak komik ke dunia ‘live-action’ tanpa perlu memperkenalkan mereka dalam filem atau siri televisyen utama mereka. 

Walaupun berfungsi sebagai rancangan khas, Werewolf By Night masih berkongsi kontuiniti MCU dan bermakna, ia berada dalam jalur masa utama dunia sinematik Marvel itu. Saya tidak tahu dimana terletaknya rancangan khas ini dalam kontuiniti MCU, tetapi, walaupun ia menampilkan visual hitam putih ala filem seram klasik 50-an, kita masih boleh mengagak bahawa ia mungkin berada dalam zaman moden, berdasarkan kostum dan peralatan yang digunakan protagonis dan antagonis dalam rancangan ini. 

Sesuai dengan statusnya sebagai rancangan khas, Werewolf by Night tidak begitu fokus pada plot yang besar dan ia ibarat seperti menonton filem pendek, cuma rancangan ini berdurasi hampir satu jam. Kita akan terus dibawa melihat watak utama, Jack Russell / Werewolf by Night, lakonan Gael García Bernal, hadir ke Bloodstone Manor, dimana ia menyertai satu majlis untuk mencari ketua Bloodstone yang baru selepas kematian Ulysses Bloodstone. 

Cerita tanpa pengenalan ini meninggalkan penonton satu persoalan tentang siapakah watak utama yang sebenar, dan kenapa watak lakonan Bernal diberi tumpuan, selain watak Elsa Bloodstone lakonan Laura Donnelly. Penonton tidak menunggu lama untuk melihat elemen utama rancangan ini iaitu seram raksasa klasik.


Jika anda menjangkakan ‘horror monster’ yang setanding Dracula, Werewolf of London, Frankenstein atau seangkatan denganya, anda boleh mengurangkan jangkaan itu, kerana, dengan durasi sesingkat itu, anda tidak akan merasa kepuasan menonton rancangan ini. Bagaimanapun, ia tidak mengecewakan, kerana anda akan diperkenalkan dengan watak baharu Man-Things dan ‘twist’ dipertengahan cerita. Klimaksnya juga agak menarik, dan seperti judulnya, kita akan melihat Jack Russell dipaksa berubah menjadi Werewolf by Night.

Mungkin ada penonton merasakan raksasa Werewolf by Night tidak serupa seperti anda melihat filem-filem bertemakan Werewolf, tetapi jika dlihat dengan teliti, ia sangat hampir dengan ‘incarnation’ pertama Werewolf Marvel. Dan sudah tentunya, jelmaan pertama Werewolf Marvel adalah Jack Russell, yang menjadi proantagonis utama untuk rancangan ini. 

Penampilan pertama Man-Things dalam MCU juga agak menarik kerana ia secara tidak langsung mengembangkan lagi karakter mutant dalam MCU. Secara jujurnya, kehadiran Man-Things adalah pekara yang paling mengujakan dalam rancangan ini. 

Jika melibatkan ‘monster’, pasti ada keganasannya, dan Werewolf by Night memberikan adegan-adegan ‘gore’ yang terpaksa dihadkan paparannya. Ya, kita melihat Werewolf mencangkar mangsanya, Man-Thing mencairkan orang jahat, dan darah yang terpercik pada skrin, tetapi dengan visual hitam putih, adegan-adegan itu agak terhad, tetapi masih kita dapat merasakan keganasan yang berlaku dalam rancangan ini. 

Secara keseluruhannya, ‘Special Presentation’ pertama Marvel Studios ini boleh dikatakan agak memuaskan, dan jika dibentangkan kepada para pensyarah, nescaya, pasti ramai memberikan gred ‘A’ sekurang-kurangnya. Meskipun singkat, Werewolf by Night berjaya memberikan pengenalan watak baharu yang menarik. Saya yakin, pasti ramai dikalangan peminat MCU tidak sabar untuk melihat lebih banyak aksi Jack Russell dan Elsa Bloodstone dalam MCU di masa akan datang. 

Rating Kakimuvee

4/5


Related posts

Rob Liefeld Puji Urutan Aksi DEADPOOL & WOLVERINE, Sifat Yang Terbaik Selepas WINTER SOLDIER

Kakimuvee

Easter Egg Mayat ANT-MAN Di Paparkan Dalam Trailer Terbaru DEADPOOL & WOLVERINE

Kakimuvee

Review Filem: The Marvels (2023)

Kakimuvee

[VIDEO] Trio The Marvel Melawat Planet Aladna Dalam Video ‘Deleted Scene’ Terbaru

Kakimuvee

Trailer What If…? Musim 2 Pratonton Siri Animasi Terbaru MCU

Kakimuvee

Kutipan The Marvels Menyusut 78% Pada Minggu ke-2

Kakimuvee