ReviewSlot Asia

Review Filem: Weathering With You (2019)

Views

AMARAN SPOILER!!!

September 2019 dimeriahkan lagi dengan sebuah anime arahan Makoto Shinkai iaitu seorang pengarah  anime yang terkenal yang telah berjaya menghasilkan banyak anime berkualiti “masterpiece” terutamanya 5 Centimeters per second, Children Who Chase Lost Voice, The Garden Of Words dan tidak lain tidak bukan Your Name. Filem terbaru ini bertajuk Weathering With You dan telah mula ditayangkan dipawagam-pawagam seluruh Malaysia bermula 5 September 2019.

Weathering with you secara asasnya mengenai fenomena alam yang selalu kita alami dalam kehidupan kita iaitu kejadian hujan. Anime ini mengisahkan tentang Hadara, seorang remaja berumur 16 tahun yang telah lari dari rumahnya dan berhijrah ke bandar Tokyo berseorangan dan ingin memulakan hidup barunya sendiri dibandar Jepun yang membangun itu. Didalam krisis yang dihadapi Hadaka, secara tidak sengaja telah berkenalan dengan seorang gadis bernama Hina yang seterusnya dikenali sebagai gadis pemanggil cahaya matahari.

Hal ini disebabkan Hina mempunyai kebolehan untuk memanggil matahari dengan hanya berdoa walaupun pada ketika itu hujan sedang turun dengan lebatnya dikawasan sekitar. Keistimewaan ini menjadi tumpuan kerana anime ini berlatarkan bandar Tokyo yang dilanda musim hujan berpanjangan dan ramai yang mahukan sebuah hari yang cerah untuk kepentingan tertentu mereka.

BACA:  The Greatest Showman Review

Seperti yang ramai sedia maklum, ramai yang berminat untuk menonton anime ini adalah kerana mempunyai harapan yang tinggi selepas menonton anime Your Name yang dihasilkan pada tahun 2017 oleh pengarah yang sama iaitu Makoto Shinkai yang sungguh mengagumkan. Ternyata hasil yang dapat kita dapat tonton tidak mengecewakan. Jika dbangdingkan dengan Yourname, WWY bermain dengan tema cuaca dan mempunyai jalan cerita yang lebih “straight to the point” tidak seperti Your Name yang bermain dengan masa yang mengelirukan.

Harapan yang menggunung diletakkan keatas WWY ini ternyata tidak mengecewakan dimana sekali lagi Makoto Shinkai berjaya menghasilkan sebuah anime yang indah dan mengujakan. Sekali lagi Makoto berjaya membuatkan bulu roma penonton berdiri tegak (Goosebump) dengan scene-scene yang sangat cantik sinematografinya lebih-lebih lagi apabila bermain dengan manik-manik titis hujan dan cahaya matahari yang bersinar sepanjang anime ini. Secara peribadi, scene terbaik dalam anime kalini ini dimana Hina diminta berdoa diatas bangunan tinggi untuk menghentikan hujan untuk seluruh bandar Tokyo dan transisi sinaran matahari yang indah diterjemahkan disebalik hujan lebat yang turun ketika itu dan diteruskan lagi dengan acara bunga api di sekitar bandar Tokyo yang sangat cantik yang berjaya memukau pandangan penonton. Mood suram disebabkan bandar Tokyo yang ditimpa hujan sepanjang hari juga sangat berkesan dan dihasilkan dengan begitu baik.

Karakter Hadara sebagai remaja yang lari dari rumah atas sebab-sebab tertentu dihasilkan dengan baik. Sifat empati, pemurah hati dan berusaha keras Hadara dipertontonkan dengan baik dimana dia selalu membantu orang lain yang kesusahan, sentiasa cuba yang terbaik untuk  untuk diri dia dan orang orang disekeliling kerena sifat empatinya yang tinggi. Karakter Hina juga kelihatan matang walaupun berumur 18 tahun dan perlu menyara adiknya yang masih bersekolah, dia tetap optimis memberikan yang terbaik untuk adiknya itu. Perkembangan karakter dalam anime ini dalam masa yang sama diterjemah dengan baik dimana Hadara dan Hina secara tidak langsung berkenalan dan menjadi semakin rapat lalu membuatkan Hadara jatuh cinta pada Hina yang selalu ada untuknya ketika susah. Karakter-karakter sampingan juga berkesan dimana ianya juga berjaya memberikan sedikit variasi dalam perkembangan watak-watak utama mereka. Beberapa “plot hole” timbul dimana tidak diterangkan mengapa Hadara bertindak melarikan diri dari rumahnya dan sedikit hampa dengan penamat anime ini dimana ianya ditamatkan dengan terlalu mudah dan tidak terlalu beremosi.

BACA:  Saksikan Filem Aksi Penggembaraan Jepun Berjudul Kingdom Pada Julai Ini

Pujian juga harus diberikan kepada skor music dalam anime ini. Terdapat 5 lagu tema utama untuk Weathering With You ini, kesemua soundtrack yang dihasilkan oleh RADWIMPS dan berjaya memberikan mood-mood yang tepat untuk setiap scene yang penting. Kesan bunyi yang digarap sepanjang anime ini terutamanya bunyi air hujan menitis dan bunyi hujan lebat dihasilkan dengan sangat baik dan secara tak langsung berjaya membawa menonton merasakan seperti mereka juga berada di situasi yang sama.

Secara keseluruhan, walaupun Weathering With You ini tidaklah sebaik Your Name namun ianya boleh diletakkan sebaris bersama dengan barisan anime-anime yang dihasilkan oleh Makoto Shinkai yang lain. Oh ya, untuk peminat Your Name, Taki dan Mitsuha juga ada didalam Weathering With You ini dan ini menimbulkan tanda tanya adakah mereka berada didalam dunia yang sama, jadi sama sama kita nantikan. Jangan lepaskan peluang untuk menonton Weathering With You dipawagam berhampiran anda diseluruh Malaysia.

Rating Kakimuvee : 7/10

Tinggalkan Balasan

shares