ReviewSlot Tempatan

Review Filem: Warkah (2019)

Views

AMARAN SPOILER !!!

Industri filem tempatan pada tahun 2019 masih bernyawa seperti biasa dan pada Ogos 2019 kali ini sebuah filem tempatan iaitu Warkah yang merupakan buah tangan terbaru daripada PERKESO menemui penonton di pawagam.

Filem dibuka dengan mengenengahkan kisah sebuah keluarga yang telah kehilangan ibu mereka dan sekarang hanya tinggal si ayah yang terus menerus menyara kedua anaknya. Anak sulungnya, Ikmal masih bersekolah manakala anak keduanya pula masih berada di tadika. Mereka meneruskan hidup mereka seperti biasa namun masih terkenang insan istimewa mereka yang telah pergi meninggalkan mereka.

Pada suatu hari, dalam perjalanan untuk ke suatu tempat si ayah telah ditimpa kemalangan teruk yang menyebabkan dia lumpuh. Hal ini ditambah lagi dengan keadaan adiknya yang turut tinggal bersamanya kini dikejar oleh downline MLM nya kerana masalah hutang. Peristiwa peristiwa ini telah membuatkan mereka hidup terumbang ambing dan Ikmal telah nekad untuk berhenti daripada sekolah dan meneruskan kehidupannya sebagai pekerja di sebuah tempat basuh kereta.

BACA:  Peransang Rentap Gagal, Pengarah dan Penerbit Akui Tidak Kecewa

Dalam pada itu, guru sekolah Ikmal telah sudi untuk membantu mereka dan mendapatkan bantuan yang sepatutnya bagi bapa mereka yang terlantar sakit. Hari demi hari mereka lalui bersama dan segala usaha mereka serta kesabaran yang dititipkan sepanjang perjalanan menampakkan hasilnya.

Bagi anda semua yang ingin mengikuti kisah selanjutnya, boleh terus ke pawagam terdekat dan menyaksikan filem Warkah ini sendiri.

Filem warkah pada kali ini adalah arahan Opie Zami yang diterbitkan khas mewakili PERKESO. Walaupun filem ini tidak mempunyai nilai atau “feel” cinematic yang begitu tinggi, namun penceritaan yang dihasilkan boleh dikatakan begitu dekat dengan penonton. Perkara seperti rumah keluarga yang kebanyakkan dan perkara perkara seperti ditipu MLM adalah antara realiti yang ada dalam masyarakat kita mutakhir ini.

Penyampaian Penceritaan filem ini juga turut dibantu dengan lakonan daripada para pelakonnya yang cukup “natural” dalam menyampaikan lakonan. Walaupun tidak semua wajah pelakon ini biasa kita lihat, namun lakonan mereka tidak kurang hebatnya dan tidak melampau sekiranya mampu dikatakan lebih hebat daripada sesetengah pelakon yang sedia ada.

BACA:  Review Surf This Love: Gelora Juara

Memandangkan filem ini adalah terbitan PERKESO, sudah tentu mereka akan meletakkan “product placement” mereka ke dalam visual filem ini sendiri dan perkara ini dilihat berjaya dilakukan dengan baik oleh pihak produksi kerana elemen “produk placement” yang diberikan “just nice” dan tidak keterlaluan serta berada pada “memorable moment”.

Namun ada beberapa detailing yang akan merimaskan saat menonton filem ini seperti kelansungan kontinuiti yang ada pada filem ini dilihat agak longgar seperti baju pelakon tambahan yang sama walaupun babak yang mempunyai perbezaan hari yang agak lama serta kereta yang sama berada di carwash walaupun jarak masa yang berlainan (aku berharap mata aku silap.

Dan juga beberapa scene perubatan seperti pemakaian Ryle’s tube yang hanya dipasang ketika susu diberikan sedangkan Ryle’s tube pada kebiasaannya akan dipasang 24 jam pada pesakit dan hanya ditukar 2 minggu sekali bagi tiub biasa dan 3 bulan sekali bagi penggunaan tiub berasaskan silikon.

Secara kesimpulannya, filem ini sememangnya mampu menggoncang emosi penonton yang menontonnya walaupun cinematic feel itu sendiri berada pada paras yang sangat minima. Selain itu, filem ini dilihat sangat dekat dengan penonton kebanyakkan kerana situasi yang dipaparkan juga dekat dengan penonton.

BACA:  Batman v Superman: Dawn of Justice, Reviews

Rating Kakimuvee: 8/10

Tinggalkan Balasan

shares