Review

Review Filem: Wangi (2019)

Views

AMARAN SPOILER!!!

PENAFIAN : review ini menggunakan nama sebenar pelakon bagi memudahkan pembacaan kepada para pembaca. Pelakon membawa nama yang berlainan untuk watak di dalam filem.

Satu lagi filem tempatan kali ini telah menemui penonton pada September 2019 dengan membawakan tema seram dan filem kali ini dibintangi oleh barisan pelakon hebat seperti Erra Fazira, Ruminah Sidek dan Nabila Huda.

Filem dibuka dengan satu babak dimana Sharnaaz yang memegang watak sebagai suami kepada Erra Fazira di dalam filem ini sedang memukul sesuatu di atas katil. Kemudian para penonton di bawa kepada pengenalan filem ini dengan menunjukkan bahawa Sharnaaz dan Erra baru sahaja menimang cahaya mata kedua. Lebih kurang 15 minit pertama, penonton telah cuba dibawa ke dalam mood seram dengan satu babak yang menunjukkan rambut panjang menyelubungi anak kecil itu di katilnya.

Penceritaan juga diteruskan lagi dengan kisah Erra yang mempunyai adik angkat semasa berada di luar negara dan beliau teringatkan satu kenangan di mana adik angkatnya iaitu  Nabila Huda yang telah membeli satu minyak wangi yang sangat diminatinya dan sangat wangi. Ketika berada di luar negara, Nabila Huda telah menerima satu berita buruk iaitu kematian neneknya sendiri dan perkara ini telah mengejutkan kakak angkatnya sendiri dan Nabila telah disuruh untuk pulang ke Malaysia dengan segera tanpa perlu mengisahkan tentang tiket penerbangan yang mahal dan itu semua telah ditanggung oleh kakak angkatnya sendiri. Nabila telah ditemani oleh suami Erra iaitu Sharnaaz untuk pulang ke Malaysia.

BACA:  Review Filem: Maleficent: Mistress of Evil

Sementara itu, Erra yang berada di rumah tersebut sentiasa mengalami pekara yang pelik dan menyeramkan hari demi hari termasuklah bermimpi diziarahi oleh nenek kepada Nabila dan memberikannya sesuatu di dalam mimpi tersebut. Bagi anda semua yang mungkin telah lama tidak menyaksikan lakonan Erra Fazira bolehlah ke pawagam terdekat menonton filem Wangi ini.

Filem bergenre seram merupakan sebuah genre yang tidak asing lagi di Malaysia, malahan genre ini merupakan sebuah genre pilihan kebanyakkan produksi kerana tidak melibatkan banyak bajet dan sekiranya kena pada perjalanan jalan ceritanya dan utilisasi konsepnya, filem itu boleh menjadi satu fenomena kepada industri filem itu sendiri.

Lain pula sekiranya ingin diungkapkan untuk filem Wangi ini sendiri, pacing pada permulaannya yang agak lambat membuatkan penonton mungkin mudah merasa bosan menonton filem ini walaupun rasa seram itu telah cuba diusik seawal 10 minit yang pertama. Pacing yang perlahan tidak dapat dibantu dengan perkembangan jalan cerita yang dilihat tidak berkembang dengan bagus menambahkan lagi rasa tidak enak menonton filem ini walaupun telah berlalu 30 minit.

BACA:  Annabelle Creation (2017) Review

Usikan “hantu” yang hanya menunjukkan rambut juga sebanyak beberapa babak dilihat tidak mampu untuk membawa rasa seram sehingga ke kemuncak filem ini sendiri dan kemunculan Nabila Huda sendiri sebagai “jelmaan hantu” pada babak babak akhir seolah – olah menjadi seperti anti – klimaks kepada pergerakan penceritaan filem Wangi ini sendiri yang mana boleh disifatkan secara mudah iaitu “plot twist” yang tidak menjadi.

Audio dan visual dalam filem ini jugak boleh menjadi satu perkara yang agak mengganggu kerana audio yang digunakan dalam filem Wangi ini sepertinya menggunakan Teknik “dubbing” dan perkara ini menjadikan pengalaman menonton tidak dapat dirasai dengan penuh kerana suasana dubbing yang menenggelamkan ambient filem ini sendiri dan begitu juga visual effect yang dimasukkan dalam filem ini yang dilihat mengalami sedikit “distortion” pada tona warna yang mana juga boleh mengganggu visual sepanjang menonton filem ini. Akan tetapi kami tidak pasti mengenai persoalan distortion pada tona warna ini sama ada ia sememangnya dimahukan oleh produksi atau sebaliknya.

Penceritaan yang diberikan dalam filem wangi ini sendiri adalah jalan cerita yang sangat tipikal dan itu tidak mampu ditutup dengan gaya penceritaan dan utilisasi konsep yang diberikan filem ini dan dapat disimpulkan menonton filem ini pada 2019 seolah – olah menonton sebuah filem seram bosan dari tahun 2000 dengan babak pertukaran anak dan juga helah meletakkan air sabun di hadapan pintu bagi menggugurkan seorang wanita yang sedang mengandung.

BACA:  J Revolusi Review

Kesimpulannya, filem seram Wangi ini merupakan sebuah filem yang tidak mampu mewujudkan rasa seram yang secukupnya kepada penonton dengan penceritaannya yang begitu tipikal dan perkembangan jalan cerita yang tidak jelas.

Rating Kakimuvee : 4/10

Tinggalkan Balasan

shares