Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Review

Review Filem: Venom: Let There Be Carnage (2021)

Amaran Spoiler!!!

Salah satu filem superhero yang dinantikan peminat pada tahun ini, Venom: Let There Be Carnage menyambung apa yang ditinggalkan dalam klip pasca-kredit filem pertama dimana Eddie Brock bertemu dengan Cletus Kasady (Woody Harrelson) disebuah penjara. Sejak babak pasca-kredit Venom, peminat begitu teruja untuk melihat anti-hero kegemaran ramai menentang penjahat Carnage, antara musuh ketatnya dalam dunia komik Marvel. 


Filem kedua ini berpusat pada dendam Cletus Kasady terhadap individu yang telah memisahkan dia dengan kekasih hatinya, Shriek (Naomie Harris) dan, sudah tentu, kepada Eddie Brock yang telah membongkar jenayahnya. Pertemuan terakhir Eddie dan Cletus sebelum penjahat itu dijatuhi hukuman mati telah membawa kepada sesuatu yang begitu menakutkan, kelahiran ‘symbiote’ baru yang dikenali sebagai Carnage. Bagi menghalang kemusnahan dan lebih banyak pembunuhan, Eddie dan Venom perlu mengenepikan perbezaan demi menentang musuh terkuat mereka. 

Dalam filem kali ini, Eddie dan Venom masih lagi berbeza pendapat dan personaliti, konflik yang sepatutnya diselesaikan dalam filem pertama. Plot filem banyak tertumpu kepada konflik kedua-dua watak itu, menyebabkan perkembangan karakter dan cerita mengenai Cletus dan Carnage terbantut sehingga kurang memberi impak kepada klimaks cerita filem ini.

Carnage dikenali kerana kekejamannya, manakala Cletus seorang yang agak ‘psiko’, dan simbiosis antara mereka sepatutnya mencipta lebih banyak kekacauan, keganasan dan pembunuhan. Tetapi, apa yang disajikan kepada penonton? adalah sikap ‘kebudak-budakkan’ Eddie dan Venom yang masih gagal menyelesaikan masalah dalaman mereka. Cletus/Carnage hanya diberi lebih banyak ‘highlight pada ‘act’ ketiga, dan pada masa itu, kita kurang merasai kejahaan ‘villain’ utama. Tambahan pula, plot menculik kekasih Venom sebelum pertarungan akhir dianggap tipikal filem superhero. Dalam erti kata lain, penceritaan filem ini gagal mengangkat Carnage sebagai musuh yang kuat dan menakutkan, sepertimana statusnya di dalam komik.  

Disebalik plotnya yang kurang menarik, terdapat beberapa pekara yang boleh menarik perhatian penonton. Salah-satunya pengenalan watak ‘mutant’ dalam dunia Sony/Marvel iaitu Frances Barrison aka Shriek. Selain itu juga, adegan pasca-kredit memberi kejutan besar kepada penonton, memberi petunjukkan mengenai ‘crossover’ diantara dunia Sony/Marvel dan MCU. Dua pekara ini sangat penting kerana peminat sudah lama menantikan ‘crossover’ diantara filem-filem Sony/Marvel dan MCU, khususnya Venom-Spider-man, serta penglibatan watak-watak mutant dalam filem-filem Marvel selepas X-Men. 

Bagi penonton yang tidak mementingkan jalan cerita, anda pasti akan teruja dengan aksi-aksi dalam filem ini, terutamanya pertarungan akhir diantara Venom dan Carnage. Andy Serkis yang sering terlibat dalam projek-projek animasi dan pengimejan komputer, menggunakan pengalamannya dalam mencipta adegan aksi yang menarik serta rekabentuk ‘symbiote’ yang lebih ‘realistik’. Cuma suara jeritan mereka agak tipikal, mirip seperti jeritan dinosaur T-Rex. 

Dari segi karakter, Tom Hardy dilihat semakin selesa dan sinomim dengan watak Eddie Brock/Venom. Woody Harrelson mungkin nampak sesuai sebagai Carnage, tetapi karakternya tidak begitu dikembangkan. Michelle Williams yang memainkan watak ‘love interest’ Eddie, Anne Weying, seolah-olah seperti ‘cameo’, tidak begitu membantu berbanding filem pertama. Selain watak-watak utama, anda harus memberi tumpuan kepada watak sampingan Patrick Mulligan lakonan Stephen Graham kerana ia memberi ‘hint’ kepada filem seterusnya dimana Venom mungkin akan bertarung atau berpasukan dengan satu lagi symbiote, iaitu Toxin. (Selain itu juga, Toxin merupakan simbiote pertama yang bersekutu dengan Spider-Man, jadi terserah kepada anda untuk berteori mengenai ‘crossover’ MCU/Sony Marvel)

Secara keseluruhannya, Venom: Let There Be Carnage adalah filem aksi supehero ‘popcorn-tak habis’ yang dibuat sekadar untuk meneruskan penggembaraan Venom dalam dunia sinematik. Plot utama mungkin tidak sehebat adegan-adegan aksinya, tetapi babak pasca-kredit’ memberi sinar harapan kepada penonton untuk melihat lebih banyak aksi antihero Venom.

Rating Kakimuvee

3/5

Related posts

Review Filem: Emergency Declaration (2021)

Ahmad Fariszuan

Review Filem: Laal Singh Chaddha (2022)

Kakimuvee

Review Filem: Pengabdi Setan 2 : Communion (2022)

Ahmad Fariszuan

Review Filem: Gadis Jolobu The Movie (2022)

Ahmad Fariszuan

Review Filem: Carter (2022)

Kakimuvee

Review Filem: Prey (2022)

Kakimuvee

Leave a Comment