Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Review

Review Filem: Vanguard (2020)

Sepatutnya, ulasan filem ini saya keluarkan pada awal Oktober yang lalu, tetapi disebabkan terlampau sibuk saya tertangguh sehingga terlupa!. 

Seperti anda semua, saya juga peminat Jackie Chan, dari kecil sehinggalah memasuki usia 30an. Tetapi sejak kebelakangan ini, filem-filemnya tidak lagi seperti dahulu. Mungkin kerana faktor usia kita tidak dapat melihat aksinya seperti dahulu.

Vanguard merupakan salah satu filem yang sepatutnya ditayangkan pada sekitar Februari atau Mac yang lalu, namun terpaksa ditunda kerana pandemik COVID-19. Filem arahan Stanley Tong ini turut dibarisi pelakon-pelakon China yang saya…errr tidak berapa kenal seperti Yang Yang, Miya Muqi dan beberapa pelakon lain.

Filem ini berpusat pada pasukan keselamatan peribadi Vanguard yang berpengkalan di London. Selepas menyelamatkan seorang akauntan dari cengkaman organisasi pengganas, mereka perlu menjalankan misi melindungi anak perempuan akauntan tersebut.

Namun, Vanguard akhirnya mengentahui bahawa akauntan tersebut terlibat dalam plot pengganas yang melibatkan sejumlah besar wang dan senjata yang sangat merbahaya.

Vanguard memberikan kepada penonton adegan-adegan aksi yang padat dan mendebarkan. Dari pertarungan di dapur sehinggalah aksi kejar-mengejar jet ski, anda pasti terhibur dengan elemen aksinya. Bayangkan Fast & Furious, Michael Bay dan Jackie Chan, anda dapat lihat semua dalam filem ini.

Bagaimanapun, terus-terang saya katakan, terdapat beberapa adegan aksinya yang agak ‘tryhard’ dan … kelihatan ‘kartun’.

Disebalik kehebatan adegan aksinya,  filem ini sangat ‘cheesy’ dan boleh dijangka. Plotnya sangat berserabut dan mendatar, kerap bertukar lokasi, dan adakalanya bertukar ‘tone’ dari serius ke komedi. Senang kata, setiap bahagian cerita dalam filem ini langsung tidak ‘memorable’. Apa yang anda lihat akan berlalu pergi begitu sahaja.

Begitu juga dengan karakter, kekal sebegitu dari mula sampai habis – statik dan tiada perkembangan. Dialog yang mengarut turut menambah keterukan watak-watak dalam filem ini.

Keseluruhannya, Vanguard menjanjikan aksi-aksi yang cukup padat dan menarik, lebih-lebih lagi kepada mereka yang hanya mementingkan keseronokan tanpa perlu serius dalam menonton filem. 

Rating Kakimuvee

2.5/5

Related posts

Review Filem: The Call (2020)

Kakimuvee

Review Filem: Mosul (2020)

Kakimuvee

Review Filem: Mulut Masin (2020)

Kakimuvee

Review Filem: Bu, Kasih Suci (2019)

Ahmad Fariszuan

Review: Bikin Filem (2020)

Kakimuvee

Review: The Grand Budapest Hotel (2014)

Kakimuvee

Leave a Comment

Add your own review

Rating