Review

Review Filem: Upin Ipin Keris Siamang Tunggal 2019.

Views

*AMARAN SPOILER*

Dua beradik kembali menggegarkan pawagam seluruh negara. Upin Ipin Keris Siamang Tunggal pada kali ini mengisahkan tentang konflik di Kerajaan Inderaloka yang mana Raja Bersiong telah bertindak merampas tahta dari pemilik asalnya.

Kisah bermula apabila Upin Ipin dan rakannya sedang bergotong royong membersihkan ruangan stor Tok Dalang yang mana menyimpan sebuah khazanah iaitu sebilah keris purba yang dikenali sebagai Keris Siamang Tunggal. Setelah mereka2 bermain dengan keris tersebut, salah seorang daripada mereka telah membaca frasa yang tertera pada hulu keris tersebut dan membuatkan mereka disedut ke sebuah alam lain yang dikenali sebagai Negara Inderaloka.

Pengembaraan pertama bermula apabila mereka ingin mencari satu sama lain kerana mereka semua telah tercampak di dua lokasi yang berasingan dan mereka juga telah berjumpa dengan orang yang berasingan iaitu Mat Jenin dan juga Belalang. Maka berjalanlah mereka menelusuri negara Inderaloka tersebut dan dalam pada masa yang sama pelbagai kejadian telah mereka tempuhi dan pelbagai orang telah mereka jumpai.

BACA:  Diary Of A Wimpy Kid: The Long Haul Review

Mereka akhirnya bertemu di sebuah pelabuhan kapal dan mereka diserang oleh konco Raja Bersiong disitu menyebabkan rakan – rakan upin dan ipin telah ditangkap dan dibawa ke Istana Raja Bersiong. Dari sini, bermulalah pula pengembaraan mereka ke Istana tersebut dalam misi untuk menyelamatkan rakan mereka.
Sesampainya mereka di istana, pertarungan pun terjadi dalam usaha untuk menumpaskan Raja Bersiong itu.

Sekiranya anda semua ingin mengetahui apakah kesudahannya, maka anda semua perlulah berbuat demikian di pawagam terdekat sekarang juga!.

Filem terbitan Les Copaque pada kali ini benar benar melonjakkan industri animasi tempatan kepada sebuah peringkat yang lebih tinggi. Bukan sahaja dari segi audionya yang cukup cantik iaitu menampilkan “moving audio” yang sangat tepat, secara visualnya juga, filem ini berada dalam kelasnya yang tersendiri. Berbekalkan pengalaman mereka dalam filem yang lepas, Keris Siamang Tunggal pada kali ini benar benar mempunyai “wow factor”nya yang tersendiri.

Jalan ceritanya juga tidak tergolong dalam kategori “lazy writing”. Begitu juga dengan watak “villain” dalam filem ini yang dilihat mempunyai acuan “villain” daripada sebuah animasi terkenal dunia iaitu DC Animated series. Antara “villain” yang agak “liat” saya akui adalah “villain” dalam filem Keris Siamang Tunggal ini.

BACA:  Review Filem Netflix: Shaft (2019)

Tidak ketinggalan, lagu latarnya juga cukup berkesan pada jiwa yang menontonnya dan mampu membawa penonton ke zaman dahulu dimana lagu lagu yang didendangkan cukup mendayu dayu.

Tidak lupa juga kepada mid credit scene filem ini yang begitu “intense” dan membuatkan peminatnya bertepuk tangan di dalam panggung sepertimana yang dilakukan oleh saya sendiri ketika menontonnya di pawagam tempoh hari.

Jadinya, gunakan masa cuti sekolah ini untuk menontonnya bersama anak anak anda dan jangan lupa untuk tenangkan mereka sedikit sekiranya mereka terlampau teruja ketika menonton filem ini.

Rating Kakimuvee : 8.5/10

Tinggalkan Balasan

shares