Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Review

Review Filem: Underwater


Amaran Spoiler!!!

Januari 2020 telah membawa kita satu pembukaan yang sama sepertimana tahun 2017 iaitu membawakan filem horror thriller yang memuatkan unsur makhluk aneh, ruangan yang sempit dan memerlukan tangki oksigen untuk bernafas. Bezanya kali ini dengan Life 2017 adalah persekitaran filem Underwater adalah sepertimana tajuknya iaitu bermain dengan air dan dasar laut.

Bermula dengan sedikit pengenalan berkenaan dengan penggalian di dasar laut yang tidak diketahui atas sebab apa dan terus menjurus kepada penceritaan seterusnya. Apa yang berlaku dalam filem ini dilihat agak samar samar dan tidak jelas akan arah serta hala tuju pengakhirannya sendiri.

Selain itu, setiap watak yang ada dalam filem ini dibazirkan dengan begitu baik sekali ditambah dengan watak Kristen Stewart yang terlalu diberikan perhatian sehingga menghilangkan keseimbangan watak dalam filem ini.

Perwatakan kepada setiap watak dalam filem ini juga dilihat hanya digunakan secara minimal dan perkara ini juga dilihat sebagai satu pembaziran yang cukup baik. Pangkat sebagai Jurutera Mekanikal, Kapten, Pelatih Biologist dan sebagainya hanya pada sekadar pengenalan watak dan tidak digunakan sebagai penyelesaian kepada konflik yang diwujudkan dalam filem ini. Watak itu pula kemudiannya dimatikan begitu sahaja dengan cara yang begitu mudah demi memberi “spotlight” kepada watak yang dibawa oleh Kristen Stewart.


Sedikit pujian diberikan kepada produksi filem ini kerana berjaya mewujudkan “eerie feeling” dalam filem ini melalui visual dan juga audio serta soundtrack yang membantu dalam mewujudkan suasana seram. Walaupun konflik dimulakan dengan keadaan yang agak cepat yang mana mengambil masa lebih kurang pada minit yang kedua namun tidak menjanjikan penceritaan yang bagus malah hanya memberikan visual yang bosan kepada penonton diselangi dengan beberapa jumpscare yang mampu membuatkan penonton mengubah keadaan mereka duduk di dalam pawagam.

Penggunaan skor muzik yang seolah olah mereka berada di tempat terasing juga turut membantu dalam menyampaikan penceritaan filem ini walaupun secara keseluruhannya ia seolah olah makanan yang tidak masak.

Filem Underwater ini boleh disimpulkan sebagai sebuah filem seram thriller yang kurang masak dan seolah olah produksi terlalu terdesak untuk menghasilkan sebuah filem makhluk asing yang datangnya bukan daripada luar bumi tapi dari dalam bumi ini sendiri. Maka terhasil lah Underwater.

RATING KAKIMUVEE : 5.5/10


Related posts

Review Filem: The Exorcist: Believer (2023)

Kakimuvee

Review Filem: The Creator (2023)

Kakimuvee

Review Filem: Sleep (2023)

Kakimuvee

Review Filem: The Equalizer 3 (2023)

Kakimuvee

Review Filem: Malbatt Misi Bakara (2023)

Kakimuvee

Review Filem: Concrete Utopia (2023)

Kakimuvee