Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Review

Review Filem: Top Gun: Maverick (2022)

AMARAN SPOILER

Top Gun: Maverick adalah satu contoh sekuel yang tidak diminta oleh peminat filem, tetapi apabila ia berada di pawagam, ia berjaya mengatasi kehebatan filem terdahulu dalam gaya yang sangat menghiburkan.


Sekuel kali ini ternyata memberikan sebuah filem yang sukar untuk digambarkan dengan kata-kata. Kita mungkin menyangka ia adalah satu lagi filem aksi tipikal lakonan Tom Cruise, tetapi selepas melihatnya, ia jauh dari apa yang kita jangkakan.

Berlatarkan 30 tahun selepas peristiwa filem pertama dimana teknologi menenggelamkan bakat seseorang juruterbang, Kapten Maverick perlu mengekalkan doktrin ‘dogfight’, bukan bergantung pada teknologi semata-mata, dan kredibilitinya sebagai seorang juruterbang legenda. Dia bukan sahaja memikul tanggungjawab berat melatih juruterbang ‘rookie’, malah perlu berhadapan dengan kisah lampau yang masih menghantuinya sehinggakini.  

Dari segi jalan cerita, ia mungkin nampak seperti cerita yang biasa kita lihat, contohnya watak utama digandingkan dengan muka-muka baharu, tetapi yang membezakan Maverick dengan filem-filem lain adalah bagaimana ia mengeksploitasi nostalgia dari filem asal dalam mencetuskan perasaan yang cukup emosional kepada penonton.

‘Trademark’ Top Gun bukan sahaja pada adegan-adegan ‘dogfight’ semata-mata, malah ia turut mengandungi kisah percintaan, drama, konflik dalaman dan persahabatan. Top Gun: Maverick menghormati ciri-ciri ini, dan ia diolah agar bersesuaian dengan peredaran zaman, serta memperlihatkan kepada penonton perjuangan Maverick, bukan sahaja untuk dirinya sendiri, malah pada orang yang disayanginya dan juga para juruterbang muda yang berada dalam bimbingannya. 

Salah satu pekara yang menjadikan Maverick sangat istimewa adalah adegan-adegan tempur diudara. Umum tahu, Tom Cruise dan para pelakon lain menerbangkan sendiri jet-jet pejuang yang dipaparkan dalam filem ini. Tidak dipastikan sejauh mana cara mereka melakukan aksi-aksi ‘dogfight’, tetapi apa yang pasti, setiap adegan tersebut dibuat dengan cara yang begitu mendebarkan, terasa seperti kita berada di dalam kokpit jet pejuang F/A-18, melawan tekanan graviti yang semakin meningkat. 

Lagu-lagu latar dan ‘color grading’ Maverick banyak membantu dalam meningkatkan nilai estetika filem ini. Walaupun ia berlatarkan zaman dimana jet pejuang sudah menjangkau generasi kelima, kita masih dapat merasai gaya klasik Top Gun, khususnya pada babak-babak romantik dan juga drama yang melibatkan Maverick dan para pelatihnya. 

Secara keseluruhannya, Top Gun: Maverick bukan sahaja memberikan pertempuran udara di ketinggian rendah yang sangat mendebarkan, malah ia secara tidak langsung membangkitkan perasaan nostalgia.

Penceritaan yang turun naik, sepertimana jet pejuang mendaki ke ketinggian yang berbeza, akhirnya dipenghujung cerita, kita secara tidak sedar berasa sangat emosional – adakah disebabkan nostalgia atau kisah Maverick itu sendiri, bergantung kepada anda yang menontonnya.

Top Gun: Maverick kini sedang ditayangkan di pawagam-pawagam tempatan

Rating Kakimuvee

4.5/5

Related posts

Review Filem: Mat Kilau – Kebangkitan Pahlawan (2022)

Ahmad Fariszuan

Review Siri: Star Wars: Bad Batch (2021)

Kakimuvee

Review Filem: Spilt Gravy on Rice (2022)

Ahmad Fariszuan

Review Filem: The Assistant (2022)

Ahmad Fariszuan

Review Filem: Tiga Janda Melawan Dunia (2022)

Ahmad Fariszuan

Review Filem: Menjelang Magrib (2022)

Ahmad Fariszuan

Leave a Comment