Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Review

Review Filem: Time To Hunt (2020)

Berlatabelakangkan zaman dystopian dimana negara Korea Selatan mengalami kemelesetan ekonomi yang teruk dan ketiadaan penguatkuasaan undang-undang, Time to Hunt membawa penonton melihat aksi thriller empat sekawan yang cuba melakukan rompakan dan keluar dari tempat yang layak digelar neraka. 

Filem arahan Yoon Sung-hyun (Bleak Night) ini telahpun ditayangkan di Netflix pada April yang lalu, dan dibarisi pelakon seperti Lee Je-hoon, Ahn Jae-hong, Choi Woo-shik, Park Jung-min dan Park Hae-soo sebagai Han, pembunuh upahan yang sangat kejam.

Time to Hunt menceritakan tentang Jun-seok (Lee Je-hoon), bekas banduan yang merancang untuk merompak sebuah kasino haram bagi mencari wang untuk keluar dari Korea Selatan dan tinggal di sebuah pulau yang terletak di selatan Taiwan. 

Rancangannya itu bagaimanapun ditentang Sang-soo (Park Jung-min) kerana beranggapan, merompak kasino haram adalah lebih bahaya dari merompak bank kerana mereka yang diburu gangster. Selepas dipujuk, dan mengenangkan jasa Jun-seok yang sanggup merengkok di dalam penjara demi menyelamatkan mereka, empat sahabat itu bersetuju untuk melakukan rompakan.

Selepas melakukan persiapan, mereka memulakan rancangan dan berjaya melakukan rompakan. Bagaimanapun, perbuatan mereka itu mendapat perhatian seorang pembunuh upahan, Han yang sangat menakutkan. Han ditugaskan oleh pemilik kasino untuk memburu mereka, bukan kerana wang rompakan, tetapi kerana pemacu keras yang diambil mereka mengandungi rahsia besar yang melibatkan orang kenamaan dan ahli politik. 

Time to Hunt memaparkan pemburuan kucing dan tikus, dimana Jun-seok dan rakan-rakannya menjadi ketakutan disebabkan diburu oleh pembunuh yang menakutkan. Walaupun tempo filem ini sangat perlahan, ia tetap memberi debaran yang tidak terhingga terutamanya yang melibatkan babak-babak ketika mangsa diburu. 

‘First act’ sekadar menceritakan ‘reunion’ Jun-seok dan dua rakannya, iaitu Jang-hodan Ki-hoon. Dan apabila mereka bertemu dengan Sang-soo, dan merancang rompakan, suasana filem mula bertukar kepada thriller.

Babak yang menarik dalam filem ini adalah semasa mereka melakukan rompakan dan cuba lari dari sekumpulan gangster, serta ketika mereka diburu dari hotel sehinggalah dapat melarikan diri dari hospital. Dua babak mendebarkan ini menjadikan Time to Hunt sangat menarik, begitu juga dengan ‘third act’ ini yang mana debarannya membawa penonton melihat aksi tembak menembak yang menarik. 

Suka untuk saya bandingkan filem ini dengan satu lagi filem aksi thriller Korea pada tahun ini iaitu Deliver us From Evil. Bezanya, proantagonis Time to Hunt agak penakut untuk berhadapan dengan pemburunya. Dari segi debaran kejar-mengejar, kedua-dua filem boleh dikatakan hampir sama, tetapi Deliver us From Evil lebih banyak aksi berbading Time to Hunt.

Dari segi setting, Time to Hunt berjaya menterjemahkan dunia dystopian Korea Selatan dengan keadaan bandar yang teruk serta kegiatan penjualan senjata haram dan dadah yang berleluasa. Selain itu juga, ia turut menyelitkan kesan kemelesatan ekonomi pada rakyat dan kegiatan gelap dikalangan orang kenamaan. Oh ya! sebelum terlupa, saya suka dengan skornya yang banyak membantu mencipta suasanan thriller. 

Disebalik keseluruhan ceritannya, saya tertarik dengan penamat terbuka filem ini. Walaupun Jun-Seok telah mencapai hasratnya untuk pergi ke tempat impiannya, dia masih terkenangkan rakan-rakannya, terutamanya Ki-hoon.

Penghujung filem ini menunjukkan proantagonis berlatih menggunakan senjata, dan kembali ke tempat asalnya. Mungkin filem akan datang (jika ada) akan menterjemah maksud kepada tajuk filem Time to Hunt, “Masa untuk Jun-Seok memburu”, membur orang-orang jahat yang mengendalikan kasino dan membalas dendam terhadap kematian rakan-rakannya. 

Secara keseluruhannya, Time to Hunt adalah sebuah filem yang mendebarkan walaupun tempo penceritaannya sedikit perlahan. Dengan persembahan yang bagus serta suasana filem yang berjaya membuatkan penonton tidak senang duduk, diharapkan Time to Hunt akan dihasilkan sekuel, menyambung kisah Jun-Seok sepertimana yang dipaparkan pada penghujung filem ini. 

Time to Hunt boleh ditonton di platform penstriman Netflix.

Rating Kakimuvee

3.5/5

Related posts

Review Filem: 10 Tips Tipu Bini (2021)

Kakimuvee

Review Filem: Devil (2010)

Kakimuvee

Video Review: The Rescue (2020)

Ahmad Fariszuan

Review Filem: Pawn (2020)

Kakimuvee

Review: Sweet Home (2020)

Kakimuvee

Video Review: Wonder Woman 1984 (2020)

Kakimuvee

Leave a Comment