Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Review

Review Filem: Tiga Janda Melawan Dunia (2022)

AMARAN SPOILER!!!

Sudah lama rasanya kita tidak menonton filem bergenre komedi dalam arena tempatan. Menerusi GSC Movies kali ini, Tiga Janda Melawan Dunia mula menemui peminat filem komedi di seluruh negara.


Filem ini diarahkan oleh Hyrul Anuar dan dibintangi oleh barisan pelakon pelakon lagenda tanah air yang tidak asing lagi seperti Khatijah Tan, Normah Damanhuri, Raja Azura, Norman Hakim, Rosnah Mat Aris dan ramai lagi.

Menariknya berkenaan filem ini adalah, pengarahnya iaitu Hyrul Anuar sebelum ini adalah pengarah beberapa iklan yang mendapat pujian positif daripada warganet. Salah satu iklan yang menjadi ingatan sehingga hari ini dan boleh dikatakan iklan raya terbaik pada tahun keluarannya adalah iklan raya “Dugaan Raya Aida” yang diterbitkan untuk Tenaga Nasional Berhad.

Tiga Janda Melawan Dunia mengisahkan tentang tiga wanita yang ingin ke konsert penyanyi pujaan mereka iaitu Aiman Zalini. Pelbagai cara dan kaedah difikirkan oleh mereka dan akhirnya berjaya menemui jalan yang membawa mereka durian runtuh iaitu membuat perisa vape.

Tanpa mereka sedari bahawasanya mereka telah terjebak dalam satu isu yang besar dan melibatkan hidup dan mati mereka. Disamping kisah mereka ingin mendapatkan tiket, para penonton juga dihidangkan dengan origin story ketiga watak utama dalam filem ini.

Visual yang begitu tepat diberikan oleh pihak produksi kepada penonton secara tidak langsung dilihat berjaya menghidupkan rasa dan pengalaman menonton yang baik semasa menonton filem ini. Secara jujurnya, filem ini bukan sekadar filem komedi namun pihak produksi dilihat begitu pandai dalam menyulamkan suasana sesuai dengan penceritaan yang disampaikan.

Satu perkara yang perlu di “highlight” kan disini juga adalah kualiti lakonan setiap pelakon yang tidak perlu dipersoalkan lagi dalam filem ini. Tidak ada satu babak pun boleh dikatakan “kayu” kerana kita sudah maklum kredibiliti pelakon – pelakon lagenda dalam filem ini.

Kesimpulannya filem ini adalah sebuah filem sangat patut ditonton di pawagam terutamanya bersama sahabat sahabat anda dan juga keluarga.

Bagi saya sendiri, saya sangat berpuas hati kerana berkesempatan menonton dan melihat sendiri filem ini di pawagam. Tidak hairanlah pengedar dan penerbitnya iaitu GSC Movies berani untuk membayar balik duit tiket sekiranya anda semua tidak terhibur menonton filem ini.

Rating Kakimuvee

4.5/5

Related posts

Review Filem: Mat Kilau – Kebangkitan Pahlawan (2022)

Ahmad Fariszuan

Review Siri: Star Wars: Bad Batch (2021)

Kakimuvee

Review Filem: Spilt Gravy on Rice (2022)

Ahmad Fariszuan

Review Filem: Top Gun: Maverick (2022)

Kakimuvee

Review Filem: The Assistant (2022)

Ahmad Fariszuan

Review Filem: Menjelang Magrib (2022)

Ahmad Fariszuan

Leave a Comment