Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Review

Review Filem: The Yin-Yang Master: Dream of Eternity (2020)

Amaran Spoiler!

Sudah lama rasanya tidak dapat melihat filem bergenre fantasi aksi daripada China.

Pada akhir 2020, HeHe Pictures dan Shanghai Film Group telah menerbitkan sebuah filem berkonsepkan fantasi aksi yang diberi tajuk The Yin – Yang Master : Dream Of Eternity. Filem ini merupakan sebuah adaptasi novel pada asalnya. Dibintangi oleh Mark Chao, Allen Deng, Ziwen Wang, Jessie Li dan ramai lagi.

Mengisahkan tentang kehidupan masyarakat yang berada pada zaman syaitan dan manusia hidup melata di bumi dan diancam dengan seekor Ular Syaitan yang sangat menggerunkan.

Ular Syaitan ini mendiami Bandar Diraja yang dibentengi oleh empat penjaga keramat yang mana dengan adanya empat penjaga ini, Ular Syaitan itu tidaka akan dapat meloloskan dirinya daripada Bandar Diraja dan mengancam penduduk sekitar.

Qing Ming merupakan salah seorang daripada Tuan Guru yang dipertanggungjawabkan untuk membangkitkan empat daripada penjaga itu bersama empat lagi tuan guru yang lain. Dalam usaha mereka untuk membangkitkan empat penjaga tersebut.

Pelbagai kisah mereka lalui begitu juga dengan Qing Ming yang akhirnya belajar untuk melindungi seseorang yang beliau sayangi dengan berjaya menghasilkan jampi perlindungan pada tahap yang tertinggi.

Sepertimana yang telah dijelaskan pada awal review ini, filem ini berkonsepkan aksi dan fantasi dengan latar masyarakat China. Genre sebegini sememangnya ada peminatnya yang tersendiri. Dibina dengan mood yang begitu melodramatik.

Setiap babak dalam filem ini diisi dengan muzik latar yang begitu kena dengan babak sehingga dalam beberapa babak sedih, ia mampu membangkitkan mood sedih yang begitu signifikan dengan babak dimainkan itu sendiri.

Menepati genre filem ini sendiri iaitu fantasi, sudah tentu banyak memainkan aspek CGI sepanjang proses penggambarannya dan walau bagaimanapun, CGI dalam filem ini hanyalah sekadar pada tahap biasa biasa sahaja namun masih lagi menghiburkan para penonton yang menontonnya.

Dari segi jalan cerita pulak, ia menyajikan jalan cerita yang “straight to the point” tanpa belitan dan twist yang begitu dahsyat akan tetapi perkembangan dan jalinan antara dua watak utama yang ada dalam filem ini dilihat tidak begitu mendalam walaupun pada akhirnya dapat dilihat bahawa dua watak ini mempunyai perkaitan yang sangat rapat.

Secara keseluruhannya, filem The Yin – Yang Master ini adalah sebuah filem yang ringan dan sesuai untuk tontonan seisi keluarga dengan “take home message”-nya adalah “lindungilah orang yang tersayang dalam hidup kita di dunia ini”.

The Yin – Yang Master : Dream Of Eternity Boleh ditonton di platform streaming Netflix

Rating Kakimuvee

3/5

Related posts

Review Filem: Doctor (2021)

Ahmad Fariszuan

Review Filem: Dune (2021)

Kakimuvee

Review Filem: Dark Spell (2021)

Ahmad Fariszuan

Review Filem: Chinese Doctors (2021)

Ahmad Fariszuan

Review Filem: Frontliner (2021)

Ahmad Fariszuan

Review: Shang-Chi and the Legend of the Ten Rings (2021)

Kakimuvee

Leave a Comment