Review Filem : The Quake (SKJELVET)

85
views

Diterbitkan pada 2018 dan mula memasuki Malaysia pada 21 March 2019 yang lalu. Memaparkan tentang kejadian gempa bumi di Norway yang meragut ribuan nyawa. Kisah gempa dalam The Quake ini bukanlah tipikal seperti kisah gempa yang lain yang pernah difilemkan seperti mana filem lain, San Andreas sebagai contohnya.

Kisah dibuka dengan kehidupan suami isteri yanh telah berpisah namun mereka masih dalam proses untuk rujuk kembali demi anak mereka.
Mereka menjalani kehidupan mereka seperti biasa sehinggalah satu kejadian telah merubah hidup mereka buat selamanya.

Tema kekeluargaan dan kasih sayang yang menjadi paksi utama dalam filem ini dilihat berjaya diuruskan dengan baik dan mampu meruntun jiwa penonton lebih lebih lagi merela yang sememangnya mudah menangis.

Sepertimana yang telah dijelaskan di atas, filem The Quake ini bukanlah seperti filem bercorakkan bencana alam yang lain. Sekiranya San Andreas dan Geostorm menumpukan kepada bencana yang berlaku, The Quake lebih menekankan nilai kemanusiaan dan bagaimana hati nurani manusia bertindak untuk berhadapan dengan bencana alam.

Anda tidak akan dapat lihat berduyun duyun trak polis dan kem sementara didirikan dalam filem ini namun anda akan dapat melihat bagaimana kasih seorang suami kepada bekas isterinya dan bagaimana kuatnya kasih sayang seorang ayah kepada anaknya.

Namun adalah diingatkan, sekiranya anda tidak gemar menonton filem yang slow burn maka filem ini bukanlah untuk anda kerana filem yang berdurasi 100 minit sangat perlahan untuk 60 minit pertama. Kalau tak tahan mesti tido… Konfem?

Rating Kakimuvee : 7/10

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here