Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Review

Review Filem: The Promised Neverland (2021)

Semalam kami sempat menonton filem live action Jepun yang mengadaptasi komik manga dan anime seriesnya yang sangat popular iaitu The Promised Neverland. Membuat filem Live Action dari manga/anime diminati ramai adalah satu tanggungjawab yang besar kerana harus kena sesuai ekspetasi penonton dan peminatnya tersendiri. Pembikinannya adalah urusan yang sangat rumit, dengan rekod prestasi yang kurang positif tidak banyak memberi inspirasi kepada kepercayaan dalam masyarakat, Jadi sehingga sejauh mana filem animel live action ini memperkenalkan kandungan aslinya?

Mengambil peristiwa pada musim pertama anime, The Promised Neverland tetap setia pada keseluruhan plot dari semua 12 episod, yang merangkumi penemuan rahsia yang mengerikan berlaku kepada rumah anak yatim untuk melaksanakan rancangan pelarian yang besar. Kisah ini digerakkan oleh tiga tokoh protagonis, Emma (Minami Hamabe, Let Me Eat Your Pancreas, Kakeguri – Compulsive Gambler), Norman (Rihito Itagaki, Alice in Borderland), dan Ray (Jyo Kairi, Erased), yang bersama dengan para pelakon anak yatim lainnya, menjalankan kehidupan bahagia bersama di Grace Field House, rumah anak yatim yang dijaga oleh Mama Isabella.

Akan tetapi, pada suatu malam yang menakutkan, Emma dan Norman terjerumus kepada kebenaran di belakang rumah mereka: anak-anak dibesarkan untuk dijadikan makanan korban bagi iblis, dengan bahagian depan rumah anak yatim itu yang ditutupi dengan penyamarannya sebagai tanah pertanian, tujuannya untuk menipu anak anak yatim tersebut.

Mereka tersedar bahawa mereka mempunyai masa yang terhad sebelum mereka juga menemui ajal mereka di tangan iblis, Emma dan Norman ini meminta pertolongan dari Ray untuk membuat rancangan yang baik dan membantu semua untuk melarikan diri. Filem ini mempunyai sederhana usaha kreatif dan naratif yang minimum dari bahan sumber bermaksud peminat akan menonton filem berdurasi 119 minit dengan rasa pernah terjumpa, pernah terjadi ala deja vu – serta kelebihan yang digunakan oleh pasukan produksi filem ini sangat berkesan.

Setiap kelainan plot, elemen kejutan, diberikan porsi yang baik dan sesuai, serta berpegang pada aduan rasa ketegangan dan emosi yang seimbang. The Promised Neverland jauh lebih sederhana dari animenya , tapi agak baik untuk memberi kehormatan kepada animenya yang terdahulu.

Skor muzik yang luar biasa dan kehebatan teknikal hanya berfungsi untuk menghidupkan lebih banyak adegan adegan menarik dalam filem. Pemandangan yang tegang , psikologikal atmosphere dari dua karakter pembantu rumah yang berkesan membuat penonton cuak, sementara momen yang penuh dengan emosi dibuat dengan penuh semangat. Skor membantu emosi pergerakkan karakter dalam filem ini untuk mewujudkan mood intense dan terrifying serta membuatkan penonton cemas dan berteriak dalam hati untuk karakter karakter dalam filem ini terselamat.

The Promised Neverland kini sedang ditayangkan di pawagam tempatan

Rating Kakimuvee

3.5/5

Selain menjadi penulis blog Kakimuvee dan salah seorang moderator di laman Facebook Kakimuvee Reborn, Penulis juga merupakan founder media sosial dan blog Rekomen Filem. Ulasan ini telah diterbitkan di blog rekomenfilem.com pada 10 April 2021. 

Related posts

Review Filem: The Tomorrow War (2021)

Kakimuvee

Review Filem: Mat Bond Malaya (2021)

Kakimuvee

Review: Zombitopia (2021)

Kakimuvee

Review Filem: June & Kopi (2021)

Ahmad Fariszuan

Review Filem: The Djinn (2021)

Ahmad Fariszuan

Review Siri TV: The Mandalorian (S1 & S2)

Kakimuvee

Leave a Comment