Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Review

Review Filem: The Perfect Date (2019)


AMARAN SPOILER!

The Perfect Date mungkin tidak begitu popular berbanding filem Netflix romantik remaja dewasa seperti The Kissing Booth dan To All the Boys I’ve Loved Before, tetapi ia masih menarik untuk ditonton kerana mengetengahkan konsep romantik komedi dan kisah percintaan dua remaja. 

Berdasarkan novel karya Steve Blom berjudul The Stand-In, The Perfect Date mengisahkan seorang pelajar sekolah tinggi, Brooks Rattingan lakonan Noah Centineo, yang bercita-cita untuk memasuki institusi pengajian tinggi terkenal, Yale dan menjalani kehidupan yang mengagumkan  – tetapi apa yang pasti, dia memerlukan wang.

Walaupun hidup selesa dan sederhana bersama ayahnya, Charlie (Matt Walsh), dia perlu mencari wang lebih untuk membiayai pengajianya di Yale. Brooks mula melihat peluang untuk menjana pendapatan selepas dia dibayar untuk berpura-pura menjadi teman lelaki kepada Celia Lieberman (Laura Marano) ke majlis tari-menari sekolah tinggi.

Dengan bantuan rakan baiknya yang juga seorang ‘programmer’, Murph (Odiseas Georgiadis), Brooks melancarkan aplikasi ‘The Stand-In’, yang mana dia akan menjadi pasangan janji temu mengikut kehendak pelanggannya.


Namun, semakin hampir mengumpul dana ke Yale dan mendapatkan gadis idamannya, Shelby Pace (Camila Mendes), Brooks semakin menjauhi ayah dan rakan baiknya, serta muncul perasaan yang tidak dapat dijelaskan terhadap Celia Lieberman.

The Perfect Date memberikan kisah romantik yang boleh dianggap ‘cute’ tetapi terdapat sedikit ‘cringe’ dan kurang memberi impak kepada elemen emosi. Boleh dikatakan, keseluruhan ceritanya memberi pekara-pekara yang indah meskipun terdapat konflik diantara dua watak utama.

Brooks dan Celia tidak menyuarakan sebarang perasaan mereka terhadap satu sama lain, malah kedua-dua secara terbuka menceritakan tentang pasangan idaman mereka.

Namun, ‘chemistry’ diantara dua watak ini memberikan ‘hint’ kepada penonton bahawa mereka adalah pasangan yang secocok cuma perlu menunggu hingga ke penghujung filem untuk melihat kedua-dua mereka meluahkan perasaan masing-masing.

Cuma untuk sampai ke konklusi yang menggembirakan, penonton terpaksa melayan konflik yang tidak begitu dramatik dan tergesa-gesa. ‘Act’ yang menunjukkan kedua-dua watak utama ini sudah mendapat pasangan idaman mereka dibuat sekadar cukup syarat, dan kurang memberi impak kepada elemen emosi.

 

Sebagai sebuah elemen rom-com, The Perfect Date masih memberikan elemen komedi yang menghiburkan, walaupun terdapat beberapa babak yang boleh dikatakan agak ‘cringe’. Apapun, gandingan Noah Centineo dan Laura Marano pasti membuatkan penonton tersenyum dengan telatah mereka. 

Walaupun penceritaan dan elemen rom-com boleh dikatakan baik, terdapat beberapa aspek memberi kesan kepada filem ini. Watak utama dilihat seperti bergelut dengan usianya, sudah tentu mereka adalah remaja, tetapi penyampaian karakter menjurus kepada orang dewasa.

Filem ini menyelitkan LGBTQ menerusi watak Murph, bagaimanapun tiada adegan yang berlebihan melainkan perasaan ‘crush’ terhadap seorang pelanggannya. Apapun, ia bergantung pada penilaian anda.

Jika anda meminati To All the Boys I’ve Loved Before, pasti anda mengenali Noah Centineo, dan The Perfect Date seharusnya dimasukkan dalam senarai tonton anda.

Walaupun terdapat kekurangan dari segi penceritaan dan karakter, ia masih mampu memberikan kisah romantis komedi yang menarik, terima kasih kepada gadingan Centineo dan Laura Marano yang banyak membantu menghidupkan filem ini.

The Perfect Date boleh ditonton di platform streaming Netflix

 

Rating Kakimuvee

3/5


Related posts

Zuko Pamer Skil ‘Firebending’ Dalam Klip Video Avatar: The Last Airbender

Kakimuvee

Jumlah Penonton ‘Rebel Moon Part 1’ Di Netflix Telah Didedahkan

Kakimuvee

Dokumentari Jenayah Jho Low MAN ON THE RUN Akan Tayangan Di Netflix Pada Januari Ini

Kakimuvee

Rancangan Realiti Single’s Inferno Akan Kembali Pada 12 Disember Ini

Kakimuvee

Trailer Pertama Sweet Home Musim 2 Telah Didedahkan

Kakimuvee

Trailer Leave the World Behind Menampilkan Barisan Pelakon Bintang

Kakimuvee