
Setelah beberapa filem terbitan Disney tidak ditayangkan di Malaysia oleh kerana beberapa perkara yang tidak melepasi standard Lembaga Penapisan Filem Malaysia, kini Disney tampil lagi dengan sebuah filem yang mengenengahkan salah seorang daripada Puteri Disney iaitu Ariel the Mermaid menerusi filem The Little Mermaid.
Pada mula barisan pelakon diumumkan, Disney menerima kecaman yang hebat dari warganet kerana telah menukar warna kulit Ariel berlainan daripada sumber asal.
Ariel merupakan salah seorang daripada puteri duyung yang tinggal di lautan. Tidak banyak kisah asal (origin story) yang diberikan dalam filem kali ini. Filem juga dibuka dengan babak pelayaran kapal besar di tengah lautan.
Sudah menjadi kemestian dalam watak kisah dongeng Disney, watak utama kebiasaannya adalah seorang daripada anak Raja yang sukakan cabaran atau lain perangainya daripada adik beradik lain. Terlalu obsess dengan dunia manusia, Ariel sentiasa dimarahi oleh bapanya namun tidak diendahkan sehingga suatu hari beliau meminta pertolongan mak ciknya iaitu Ursula yang mengamalkan ilmu hitam.
Ariel bersetuju dengan Ursula untuk menukarkannya daripada seekor duyung menjadi seorang manusia. Walau bagaimanapun, ada kurita di balik batu. Ursula telah meletakkan jampi tersembunyi dalam usahanya menukarkan Ariel kepada seorang manusia.
Saya secara peribadi tidak ada masalah dengan Ariel yang ditukarkan warna kulitnya berbanding sumber asal. Mungkin kerana saya sendiri tidak membesar dengan kisah The Little Mermaid ini. Penyampaian yang dilakukan oleh Halle sebagai duyung dalam filem ini pula boleh dianggap pada kadar purata sahaja. Tiada yang boleh disebut sebagai wow-factor.
Lagu-lagu yang digunakan dalam filem pada kali ini juga tidak semuanya āmemorableā. Hanya lagu Under The Sea sahaja yang berjaya menarik perhatian saya dan lagu yang dinyanyikan oleh Putera Raja itu pula hanyalah sekadar memanjangkan masa perjalanan filem sahaja. Ada tidak berbekas. Tiada tidak dinanti.
Pujian harus diberikan kepada pasukan visual filem ini kerana berjaya menghasilkan satu visual yang cukup menarik. Sekali imbas seolah olah filem Avatar. Sekali imbas.
Namun, harus diingatkan kepada ibubapa yang ingin membawa anak masing ā masing menonton filem ini agar menasihati anak masing-masing untuk tidak mengikut perangai buruk Ariel yang suka melawan cakap ibubapa hanya kerana keinginannya sendiri.
Hanya kerana lelaki yang baru sahaja dikenali tidak sampai beberapa minit, segala perhubungan keluarga yang telah terbina bertahun lamanya ingin diputuskan.
p/s :: kalau bapak Ariel ni Asian, rasanya dah lama kena getah paip. Hahaha.
3/5