Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Review

Review Filem : The Lion King (2019)


AMARAN SPOILER!!

Sebuah lagi filem Live Action daripada Disney kali ini menemui para peminatnya di pawagam. Mengisahkan tentang sebuah kerajaan haiwan liar yang dipimpin oleh seekor singa bernama Mufasa yang pada suatu hari telah menerima seekor anak yang diberi nama Simba. Mufasa mempunyai seorang abang yang dikenali dengan nama Scar yang telah lama menyimpan perasaan iri hati kerana Mufasa memimpin kerajaan tersebut dan tidak lama lagi akan diserahkan kepada Simba.

Oleh kerana perasaan tersebut, Scar telah berkomplot dengan sekumpulan Hyenna untuk merampas kerajaan. Scar menjalankan rancangan demi rancangan bagi memastikan hasratnya itu berjaya dan setelah percubaan demi percubaan, mereka akhirnya berjaya membunuh Mufasa dan mengusir Simba dari tanah kerajaan mereka yang dikenali sebagai The Pride Land.

Di kejauhan, Simba telah bertemu dengan dua lagi rakannya iaitu Pumba dan Timon dan mereka hidup bersama dengan riang dan gembira dan dalam pada itu Simba masih lagi menyimpan ingatannya terhadap keluarganya di The Pride Land. Dalam pada itu, Scar dan para pengikutnya terus memerintah The Pride Land dengan kejam.

Hari demi hari berlaku, salah seekor daripada kenalan kecil Simba iaitu Nala telah menemukan Simba di tempat Simba melarikan diri bersama Pumba dan Timon. Setelah beberapa ketika, Simba dan Nala kembali ke Pride Land bersama sama Pumba dan Timon untuk menuntut kembali takhta yang telah dirampas itu.


Bagi anda yang membesar dengan animasi Lion King ini, anda seharusnya tidak melepaskan peluang untuk menyaksikan live action ini.

The Lion King 2019 ini adalah merupakan sebuah filem bercorakkan keluarga yang sememangnya sesuai ditonton oleh segenap lapisan umur masyarakat. Bertepatan dengan polisi Disney yang ingin menghasilkan filem mesra keluarga.

Plot cerita yang ringkas dan mendamaikan serta ditambah dengan kualiti CGI yang memuaskan serta lagu lagu yang mengimbau memori menjadikan filem ini lebih asyik untuk ditonton. Pemilihan penyanyi dan pelakon suara juga dilihat dilakukan dengan tepat dan sedikit sebanyak dapat menghidupkan watak watak yang ada.

Walaupun “King Value” itu sendiri dilihat agak kurang menyerlah dalam diri Simba, namun ia masih lagi boleh diterima dengan perkembangan watak yang diberikan kepada Simba sendiri serta watak watak yang lain.

Rating Kakimuvee : 7.5/10


Related posts

Review Filem: Sleep (2023)

Kakimuvee

Showrunner The Last of Us Sedang Bangunkan Filem Baharu Pirates of the Caribbean

Kakimuvee

Review Filem: The Equalizer 3 (2023)

Kakimuvee

Review Filem: Malbatt Misi BakaraĀ (2023)

Kakimuvee

Review Filem: Concrete Utopia (2023)

Kakimuvee

Disney+ Bakal Menyekat Perkongsian Kata Laluan Mulai Tahun Hadapan

Kakimuvee