Review Filem The Kid Who Would Be King (2019)

0
37
views

 

REVIEW FILEM : THE KID WHO WOULD BE KING 2019.
AMARAN SPOILER.

Mengisahkan tentang kehidupan seorang kanak - kanak iaitu Alexander yang mana nasibnya telah terikat dengan lagenda pedang Excalibur. Bertemu dengan pedang tersebut di sebuah tapak pembinaan kemudian dia membawa pedang tersebut pulang ke rumahnya. Lagenda telah mengatakan bahawa sekiranya pedang itu bangkit atau berjaya jatuh ke tangan warisnya yang sah maka dia akan melawan kejahatan yang turut sama bangkit pada zaman itu.

Bersama - sama Alex, terdapat seorang lagi rakannya dan juga dua lagi kanak - kanak yang mana asalnya pembuli namun melalui latihan yang mereka lalui secara langsung dan tidak langsung oleh Merlin mereka berempat telah menjadi teraju utama dalam peperangan menetang Lady Morgana yang ingin merampas pedang tersebut.

Sekolah mereka telah menjadi kubu pertahanan mereka dan pelajar pelajar yang lain telah menjadi askar yang dipimpin oleh mereka berempat. Kemuncak peristiwa adalah apabila gerhana bulan penuh berlaku dimana pada ketika ini semua hidupan lenyap dan ghaib kecuali mereka yang telah dilantik oleh Alex. Berpadu tenaga antara mereka, peperangan antara hidup dan mati akhirnya berlangsung.

Menghormati series asal Merlin dan kisah Pendragon ini, semua pelakon yang memegang watak penting dilihat hampir sama wajah mereka dengan series Merlin yang pernah ditayangkan di kaca televisyen dan memandangkan kisah kali ini diolah untuk kanak kanak maka pembawaan penceritaannya juga dilihat sesuai dengan kanak - kanak itu sendiri dimana tiada unsur politik kerajaan yang kompleks dan juga konflik antara watak yang berselirat.

Jenaka yang disampaikan juga dilihat agak tidak terlalu memaksa. Cuma filem kali ini adalah tipikal sekiranya ingin dibandingkan dengan filem filem kisah Pendragon yang lain iaitu tidak lari daripada kisah kerabat diraja, pedang sakti, ahli magis dan perempuan sihir.

Sepertimana yang telah dinyatakan iaitu kisah kali ini diolah mengikut acuan kanak - kanak itu sendiri dan ianya sesuai untuk tontonan seisi keluarga.

Rating Kakimuvee : 7.5/10

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here