Review

Review Filem: The Invisible Man

Views

 

Amaran Spoiler!!!

Selepas gagal untuk menghidupkan kembali ‘Dark Universe’, Universal Pictures terpaksa kembali ke landasan asal untuk sekadar menghasilkan filem-filem ‘stand-alone’. The Invisible Man pada awalnya merupakan satu daripada filem dalam dunia ‘Dark Universe’, tetapi kegagalan teruk The Mummy telah memaksa pihak studio menukar rancangan mereka dengan menjadikan The Invisible Man sekadar sebuah filem yang memiliki jalan ceritanya yang tersendiri.

Dari segi perkongsian dunia filem, peminat mungkin kecewa kerana tidak dapat melihat sebuah dunia filem ala dunia perfileman superhero. Bagaimanapun, langkah berani yang diputuskan Universal Pictures menunjukkan sebaliknya, The Invisible Man menjadi sebuah filem yang diluar jangkaan penonton.

Secara jujurnya, saya menyangkakan The Invisible Man akan menuruti jejak langkah The Mummy, sebuah lagi filem ‘reboot’ yang terjerumus ke lembah kegagalan. Namun, jangkaan saya jauh meleset sekali, filem arahan Leigh Whannell ini boleh dikatakan antara reboot yang sukses kerana ia memberikan banyak kejutan dari segi keseraman, ketegangan dan jalan cerita.

BACA:  Review Drama Korea: Signal (2016)

Diawal filem, saya sudah merasa agak tegang dan gelisah melihat babak dimana Cecilia (Elisabeth Moss) cuba melarikan diri dari rumah teman lelakinya. Babaknya tidaklah serumit mana – hanya menunjukkan Cecilia mengambil barang dan menyelinap keluar dari rumah, tetapi cara penyampaian suasana ‘suspense’ benar-benar membuat saya tidak senang duduk. Walaupun nampak bahaya sedang mendatang, ia tetap memberikan degupan jantung yang sangat laju kepada penonton.

Apa yang menariknya tentang The Invisible Man, pengarahnya tidak meleretkan adegan-adegan suspense dan tidak menjual  adegan ‘jumpscare’ yang melampau. Semuanya dibuat dengan seimbang dan berjaya mengekalkan perasaan seram penonton sepanjang filem. Selain itu juga, mainan sinematografinya juga sangat bijak dan banyak membantu dalam mencipta suasana suram, takut dan tegang kepada penonton. Sinematografinya bukan sekadar memberi fokus kepada karakter utama, tetapi turut menunjukkan tempat ‘kosong’ yang sedang dipandang oleh karakter supaya penonton turut dapat merasai kehadiran ‘Invisible Man’ di tempat tersebut.

Dari segi plot, saya merasakan tidaklah begitu kuat dan kurang mengejutkan kerana terdapat beberapa ‘hint’ dari permulaan filem yang boleh membuatkan penonton menjangkakan siapa sebenarnya ‘The Invisible Man’. Cuma, konklusi ceritanya sangat menarik, pembalasan dendam yang melegakan penonton dan keinginan untuk menyaksikan sambungannya selepas paparan yang menarik disajikan semasa penghujung filem.

BACA:  Review Filem: Syif Malam Raya (2020)

Elisabeth Moss adalah ‘one man show’ dalam filem ini meskipun dibantu beberapa karakter yang lain. Lakonannya menentang antagonis yang tidak kelihatan sangat menjadi dan berjaya menghidupkan keseluruhan perjalanan cerita. Selain daripada unsur keseraman, ketegangan dan teknikalnya, kualiti lakonan Moss menjadi antara faktor kehebatan filem reboot The Invisible Man.

Secara keseluruhannya, The Invisible Man adalah sebuah filem yang sangat berbaloi untuk ditonton. Jika anda meminati filem-filem seram yang tidak melibatkan hantu atau supernatural dan kurang melibatkan adegan-adegan ‘slasher’, The Invisible Man adalah filem yang tidak harus anda lepasnya.

RATING KAKIMUVEE: 8/10

Review overview

RATING KAKIMUVEE8

VERDICT

8Suasana suspense yang berterusan dan menakutkan, The Invisible Man reboot filem monster klasik yang berjaya.

Tinggalkan Balasan

shares