Review

Review Filem: The Grudge (2020)

Jalan cerita yang mengelirukan!

Views

Amaran Spoiler!!!

Selepas Insidious the Last Key dan Escape Room memulakan langkah yang cukup hambar, sumpahan minggu pertama tahun baru diteruskan lagi dengan sebuah filem seram berjudul The Grudge. Meskipun mendapat sentuhan dari pengarah dan penulis Nicolas Pesce, filem remake Jo-On: The Grudge ini sedikit hambar tetapi tetapi masih menarik untuk ditonton.

Berdasarkan dari skrip asal tulisan Takashi Shimizu, The Grudge masih berkisarkan tentang sebuah rumah yang disumpah selepas berlakunya pembunuhan yang agak kejam. Kisahnya bermula dengan cerita seorang jururawat iaitu Fiona Landers (Tara Westwood) yang diganggu hantu Kayako Saeki dan Toshio semasa tinggal di sebuah rumah yang terletak di Tokyo, Jepun. Dia kemudiannya membuat keputusan untuk pulang ke pangkuan keluarganya di Amerika Syarikat dan tidak mengentahui bahawa dia turut membawa sumpahan Kayako.

Dua tahun kemudian, seorang detektif polis yang baru kematian suami, iaitu Muldoon (Andrea Riseborough), telah berpindah ke sebuah rumah bersama anak lelakinya. Suatu hari, dia bersama Detective Goodman (Demián Bichir) telah ditugaskan untuk menyiasat kes penemuan mayat reput. Pelik melihat keadaan mayat tersebut tersebut, Muldoon telah membuka sebuah fail siasatan lama dan  mendapati kes tersebut mempunyai kaitan dengan beberapa kes misteri melibatkan keluarga Landers, serta beberapa keluarga lain sehingga membawanya sebuah rumah yang telah disumpah.

BACA:  Review Filem: The Real Ghosts (Thailand)

Seperti versi asal, filem ini memaparkan pelbagai jalan cerita yang berbeza dan tidak disusun secara kronologi. Namun, begitu cara olahnya menjadi kelemahan utama filem ini. Pesce gagal untuk menyusun dengan baik setiap jalan cerita dalam filem ini. Kekerapan mengubah jalan cerita yang berbeza masa menyebabkan penonton senang keliru dan sukar untuk menyusun kronologi cerita.

Selain itu, penceritaan setiap watak juga tidak begitu kuat. Hampir separuh dari watak dalam filem ini telah diperkenalkan sebagai mayat terlebih dahulu sebelum penonton dapat mengentahui jalan ceritanya. Terlampau awal mendedahkan nasib sesetengah watak telah mengurangkan rasa keterujaan untuk mengentahui sub-plot filem ini. Hanya jalan cerita keluarga Spencers sahaja yang menarik kerana nasib wataknya tidak didedahkan semasa diawal filem.

Seperti tipikal filem-filem hantu, ‘jumpscare’ The Grudge agak mudah untuk dijangka, tetapi suasana seramnya masih memuaskan dan kadang kala berjaya membangkitkan perasaan takut. Sebagai sebuah filem yang dikelaskan sebagai 18 tahun keatas, The Grudge memberikan beberapa adegan yang ngeri dan mengelikan. Cuma sayang, tidak banyak ‘hantu’ boleh dilihat kerana filem ini terlampau memberi fokus kepada penceritaannya.

Secara keseluruhannya, The Grudge gagal untuk menjadi sebuah filem remake yang baik meskipun cuba meniru formula versi asal. Kecelaruan jalan ceritanya dan tiada apa-apa yang baru menjadi sebab utama kegagalan filem ini, sedangkan elemen seramnya mampu membangkitkan perasaan takut. Seperti penamatnya, francais ini tiada solusi dan harus dibiarkan ‘mati’ dari cuba untuk menghidupkannya kembali.

BACA:  Review Filem: Darbar (2020)

RATING KAKIMUVEE: 5.5/10

Tinggalkan Balasan

shares