Review

Review Filem: The Grand Grandmaster (2020)

Views

AMARAN SPOILER.!!!

Filem berkenaan seni bela diri merupakan sebuah konsep filem yang tidak asing lagi dalam kalangan peminat filem dan pada awal 2020 ini bersempena dengan Tahun Baru Cina, filem The Grand Grandmaster telah membuat penampilannya di pawagam terpilih seluruh negara.

Mengisahkan tentang perjuangan seorang guru seni bela diri tradisional turun temurun yang berusaha keras untuk memastikan reputasinya sebagai guru seni bela diri tidak terjejas dan terus dipandang tinggi oleh masyarakat setempat setelah satu peristiwa yang berlaku di tengah tengah bandar pada suatu hari di mana beliau telah dibelasah oleh seorang atlet tinju professional wanita. Peristiwa tersebut telah membuatkan ramai orang hilang kepercayaan terhadapnya termasuklah anak anak didiknya sendiri yang telah membatalkan kelas mereka bersama guru mereka itu tadi.

Semenjak itu, guru seni bela diri tadi telah berusaha sedaya upaya untuk mengembalikan reputasi beliau dalam industri seni bela diri tempatan dengan pelbagai cara termasuklah mencabar kembali atlet tinju itu dalam satu perlawanan berasingan.

BACA:  Review Filem: Kidnapped (2020)

Filem The Grand Grandmaster ini dilihat sebuah filem komedi yang menggunakan seni bela diri sebagai konsepnya sendiri. Konflik yang dimulakan dengan terlalu awal dilihat telah menjerumuskan filem ini sendiri ke dalam lembah hina yang tidak mampu untuk diselamatkan lagi. Jalan cerita yang meleret leret dan ditambah dengan lawak bodoh yang tidak perlu terus disumbat sumbat kepada penonton menjadikan penonton kelihatan seolah olah bodoh dan terpaksa ketawa dengan lawak yang disampaikan itu.

Filem ini juga secara langsung memperlihatkan kebodohan watak utama yang dilihat tidak mengalami perkembangan malah pengecutan watak yang tidak selari dengan perkembangan jalan cerita yang diberikan tidak seperti watak sampingan yang ada di mana mereka semua diberikan perkembangan watak yang lebih seiring dan seimbang dengan perjalanan jalan cerita.

Secara keseluruhannya, filem ini hanyalah sekadar pemenuh jadual tayangan di pawagam sahaja bagi mengelakkan kekosongan dan kesunyian di dalam dewan tayangan dan bagi mengelakkan anda diheret bersama dengan kebodohannya maka sesuailah sekiranya anda mengambil masa sedikit untuk memikirkan untuk menonton filem ini.

p/s : cukuplah aku je yang rasa bodoh masa menonton…hahaha…

BACA:  Review Filem: Birds Of Prey (2020)

Rating Kakimuvee: 3.5/10

Review overview

RATING KAKIMUVEE3.5

VERDICT

3.5Filem bodoh yang sekadar pelengkap jadual tayangan

Tinggalkan Balasan

shares