Review

Review Filem: The Good Liar

Views

Scam atau penipuan merupakan antara salah satu jenayah serius yang sering terjadi pada masakini, dan salah satunya melibatkan penipuan romantik atau digelar ‘romance scam’. Filem The Good Liar arahan Bill Condon ini boleh dikatakan memberi fokus kepada jenayah penipuan romantik yang si penjenayah cuba untuk menipu duit teman wanitanya, cuma cara penipuannya cukup licik dan sukar untuk berhadapan dengan tindakan undang-undang.

Filem adaptasi novel berjudul sama karya Nicholas Searle ini dibintangi dua pelakon legenda iaitu Ian McKellen sebagai Roy Courtnay, seorang penipu yang sudah lanjut usia dan Helen Mirren sebagai Betty McLeish, seorang janda yang kaya raya dan bakal menjadi mangsa kepada kerakusan Roy Courtnay.

The Good Liar dimula dengan paparan dimana Roy dan Betty berhubung dilaman temujanji atas talian. Setelah lama bersembang di laman tersebut, kedua-dua mengambil keputusan untuk bertemu disebuah restoran. Sebagai seorang penipu profesional yang sering mencuri duit mangsa-mangsanya, Roy melihat Betty sebagai mangsa terbaru yang mudah untuk ‘dimakan’. Dengan status Betty sebagai seorang janda yang memiliki simpanan bernilai jutaan pount sterling, Roy mula memanipulasi kekasihnya dengan perancangan yang cukup licik agar dia dapat merampas kesemua harta milik teman wanitannya itu.

‘First act’ The Good Liar agak pelahan dan ringan. Ia sekadar menceritakan kehidupan kedua-dua watak utama, dan dalam masa yang sama meneroka serba sedikit kegiatan jahat Roy. Namun, penceritaan filem ini semakin menjadi ‘dark’ dimana niat jahat Roy dihidu cucu kepada Betty iaitu Steven.

BACA:  Review Filem Korea: Intruder (2020)

Sebagai seorang penipu sepenuh masa, Roy dapat menepis tanggapan buruk Steven yang mungkin akan mempengaruhi Betty dengan mengada-adakan cerita tentang kisah lampaunya. Tingkah laku Roy dengan kata-katannya yang manis menyebabkan cinta Betty terhadapnya semakin berkembang. Tetapi segalanya menjadi lebih kelam pada ‘third act’ filem ini dimana plot twist mula dijelmakan sehingga memberi kejutan kepada Roy.

The Good Liar bukanlah filem untuk semua lapisan penonton. Perjalanannya ceritanya agak perlahan dan mampu memberi kebosanan maksimum kepada mereka yang menontonnya. Tetapi jika anda ingin melihat mutu lakonan yang berkualiti serta penulisan skrip yang kemas, mungkin anda tidak mempunyai masalah untuk menontonnya.

Kekuatan filem ini sebenarnya terletak pada lakonan Helen Mirren dan Ian McKellen. Sebagai pelakon legenda, mereka berdua memberikan prestasi lakonan yang cukup memukau. Cuma dari segi ‘crime thriller’, ia sedikit membosankan kerana tidak banyak debaran dan twist yang mengejutkan.  Terdapat satu dua babak dalam filem ini yang mungkin menimbulkan kontroversi seperti adegan rogol, tetapi ianya tidaklah begitu keterlaluan.

BACA:  Review Filem Korea: #ALIVE (2020)

Secara keseluruhannya, The Good Liar sebuah filem yang baik dari segi seni, tetapi dari segi komersial dan keseronokan, ianya agak kurang. Jika anda mahu mencuba sesuatu kelainan dalam menonton filem bertemakan crime thriller, The Good Liar adalah filem yang tidak harus anda lepaskan.

RATING KAKIMUVEE: 6/10

Tinggalkan Balasan

shares