Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Review

Review Filem: The God Of Wealth (TGoW) – 2020

AMARAN SPOILER.!!!

Sebuah filem dari produksi tempatan sempena Tahun Baru Cina 2020. The God of Wealth menggunakan 5% bahasa Melayu dan selebihnya adalah Bahasa Cina. Mengisahkan tentang kehidupan di sebuah kampung yang dikenali dengan nama Kampung Batu yang mana didakwa telah dirahmati oleh Dewa Kekayaan dengan cara menurunkan beberapa biji batu dari langit. Dalam pada masa yang sama, terdapat tiga ekor kodok yang terlepas daripada jagaan Dewa Kekayaan itu sendiri dan mula membuat kekacauan di Kampung Batu.

Kampung Batu yang pada asalnya aman harmoni telah mula menerima beberapa kejadian aneh akibat perbuatan tiga ekor kodok yang berubah bentuk menjadi manusia itu tadi. Batu yang dijaga oleh sepasang suami isteri dari turun temurun juga turut dihancurkan oleh kodok itu tadi mula menyalahgunakan kuasa yang ada pada batu itu.

Filem TGoW pada kali ini sepertimana yang dijelaskan di awal review ini adalah sebuah filem hasil daripada produksi tempatan yang bercorakkan mitos dan lagenda. Teknik visual yang digunakan dalam filem ini begitu tradisional jika dilihat dari segi camera work dan sinematografinya. Begitu juga dengan placement kamera yang mungkin dilihat tidak begitu sesuai pada lokasinya yang menyebabkan gegaran yang tidak dingini pada visualnya.

Secara jujurnya, tajuk filem ini sendiri sebenarnya sudah melambangkan sesuatu yang cukup hebat namun perasaan itu segera terbunuh dengan penampilan poster dan trailernya sendiri. Pembunuhan itu lebih teruk apabila menonton filem ini yang kelihatan seperti sebuah filem projek akhir tahun para pelajar universiti yang ingin melengkapkan jam kredit mereka. Segala galanya mediocre dari segenap aspek.

Jadinya kepada mereka yang mungkin selalu mengecam filem Melayu tempatan, ternyata filem berbahasa selain melayu yang terbitan produksi tempatan juga sama sahaja.

Secara keseluruhannya, filem ini adalah sebuah filem yang dibuat hanya untuk memenuhi jadual tayangan di beberapa pawagam dan akan disingkirkan tidak lama lagi dengan kehadiran filem lain.

Rating Kakimuvee : 3/10

Related posts

Review Filem: Night in Paradise (2020)

Kakimuvee

Review Drama: Gokushufudo / The Way of the Househusband (2020)

Kakimuvee

Review Filem: Seo Bok (2021)

Kakimuvee

Review Anime: The Way Of The Househusband (2021)

Kakimuvee

Review Filem: Jangan Sendirian (2021)

Kakimuvee

Review Telefilem: 18 Puasa Di Kampong Pisang

Kakimuvee