Review

Review Filem: The Garden Of Evening Mists (2020)

Views

AMARAN SPOILER!!!

Astro Shaw adalah satu nama yang tidak asing lagi bagi peminat filem tanah air setelah kejayaan demi kejayaan yang dibawa dalam arena perfileman tanah air. Astro Shaw meneruskan lagi momentum pada 2020 ini dengan menggunakan formula sepertimana filem Pusaka 2019 yang dilihat tidak begitu dipromosikan di saluran pengiklanan dan hanya bergantung kepada review review serta cakap cakap orang sahaja. Walaupun berlainan genre dengan Pusaka, The Garden Of Evening Mist dilihat mempunyai sasaran penontonnya yang tersendiri.

Tidak tergolong dalam kategori “popcorn film” akan tetapi lebih kepada “award material” dan itu telah terbukti dengan tercalon dalam 13 pencalonan dalam Golden Horse Award 2019 dan To Ten Chinese Films Festival 2020.

Filem TGoEM pada kali ini membawa penonton kembali ke zaman penjajahan Malaysia pada suatu ketika dahulu dan menyelaminya dari sudut pandang berbeza bagaimana suasana ketika zaman tersebut. Pada permulaannya, penonton mungkin akan berasa sedikit pening kerana filem ini memainkan dua garis masa berbeza dengan penceritaan yang diselang seli. Para pelakon yang berlakon dalam filem ini juga berkemungkinan tidak begitu “familiar” dengan penonton kasual di Malaysia.

BACA:  Review Filem Korea: #ALIVE (2020)

Selain aksi, filem ini lebih mementingkan penceritaan dalam visual yang diberikan. Oleh itu, sinematografi yang ditawarkan juga begitu cantik dan kena dengan filem ini sendiri yang penuh dengan simbolik dan “feng shui” taman – taman Jepun dalam kehidupan seharian.

Babak babak yang menyentuh sensitiviti budaya juga hanya diberikan secara metafora sahaja melalui mainan “camera angle” dan tidak memaparkan secara langsung akan apa yang berlaku dalam babak tersebut seperti contoh babak salah seorang watak yang dirogol oleh askar Jepun yang memberikan sedikit rasa “disturbing” kepada penonton.

Secara keseluruhannya, filem ini boleh dikatakan sebagai sebuah filem yang tidak sesuai untuk semua orang kerana pembawakan jalan ceritanya yang perlahan dan aspek “story-telling” dan simbolik yang ada dalam filem ini mampu menidurkan sesetengah orang dengan begitu nyenyak.

Rating Kakimuvee : 8.5/10

Review overview

RATING KAKIMUVEE8.5

VERDICT

8.5Jalan cerita yang kemas dan kecantikan sinematografiknya akan membuat penonton menghargai filem ini. Tetapi tidak semua mampu menahan tempo filem yang perlahan.

Tinggalkan Balasan

shares