Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Review

Review Filem: The Flash (2023)


AMARAN SPOILER!!!

Dengan tinggal dua filem sahaja lagi, DCEU bakal dikuburkan dan diganti dengan jenama baharu yang digelar DC Universe atau DCU yang diterajui James Gunn dan Peter Safran. Apabila peminat mengentahui bahawa DC akan dijenamakan semula, atau dalam erti kata lain, di’reboot’, peminat mula hilang minat untuk bersama-sama melayari penggembaraan sinematik DC. 

Tiada keterujaan untuk mengikuti pengembaraan DCEU apabila anda mengentahui ianya akan tamat dalam masa terdekat sebelum terpaksa mengulangi bab 1 sinematik DC. Shazam! Fury of the God menjadi contoh bahawa peminat tidak lagi ambil kisah tentang DCEU, manakala Black Adam pula pada awalnya dianggap ‘revival’ kepada francais yang semakin malap, tetapi kegagalan komersialnya menjadi kata putus buat Warner Bros. Discovery dan DC Studios untuk merombak kembali perancangan dunia sinematik DC mereka. 

Ya, keputusan drastik dari studio sudah tentunya mengucar-kacirkan perancangan DCEU yang telah disusun rapi. Beberapa filem telah dibatalkan, Henry Cavill tidak lagi meneruskan peranannya sebagai Superman, manakala filem yang telah siap terpaksa dirakam semula bagi menyesuaikan arka yang akan tamat tidak lama lagi. 

The Flash antara filem yang terpaksa melakukan beberapa perubahan selepas pengumuman ‘reboot’ DC, tetapi sama ada DCEU atau DCU, The Flash sebenarnya masih lagi berfungsi sebagai filem yang akan menetapkan semula hala tuju buat dunia sinematik DC. 


Mengambil inspirasi dari komik terkenal DC Flashpoint, filem solo pertama The Flash ini mengikuti kisah Barry Allen yang menggunakan abiliti ‘Speed Force’nya untuk kembali ke masa lampau dan menyelamatkan ibunya dari dibunuh. Namun, perbuatannya itu menyebabkan masa depan dunia DC berubah secara drastik. 

Seperti komik, dimana DC menggunakan Flashpoint untuk melancarkan ‘The New 52’, DC Studios juga mahu menggunakan jalan cerita The Flash dalam merangka jalur masa baharu untuk dunia sinematik DC. Ia dilihat sebagai langkah untuk menamatkan terus pengaruh ‘Snyder-verse’ dalam dunia DC, dan mencipta kisah-kisah baru yang lebih luas dan teratur. 

Kita sudah melihat ‘multiverse’ Marvel Cinematic Universe, dan yang terbaru Spider-Verse, kali ini kita lihat bagaimana DC menterjemahkan penggembaraan masa dan multiverse mengikut acuan mereka sendiri. Penggembaraan masa, perubahan realiti dan multiverse versi DC tidak kurang hebatnya, dan ia melibatkan watak-watak yang mempunyai abiliti ‘speed force’ seperti Barry Allen. 

Ia bukanlah tema yang baru buat DC kerana mereka telah lama menggunakan terma multiverse dalam francais superhero mereka Arrowverse. Cuma yang menjadikan ‘time-travel’ versi DC lebih menarik dari Marvel adalah mereka juga memasukkan elemen What If…? pada penceritaannya. Dalam filem The Flash ini, ia bukan sekadar menunjukkan impak atas perbuatan Barry yang pergi ke masa lampau, tetapi juga akibat pada metahuman yang lain. 

Realiti alternatif yang dicipta Barry telah membangkitkan ‘what If…? dikalangan penonton seperti ‘bagaimana kapsul yang membawa bayi Kal-el, tidak sampai ke Bumi’ atau ‘apa akan terjadi jika Thomas Curry tidak berkahwin dengan puteri dari Atlantis.’ Agak menarik untuk melihat realiti alternatif dalam dunia The Flash, lebih-lebih lagi selepas kita sudah terdedah dengan pasukan Justice League yang diperkenalkan oleh Zack Snyder dalam filem-filem sebelumnya.

Walaupun kita sudah mengentahui elemen dan peraturan multiverse menerusi francais MCU dan Spider-Verse, kita masih perlu memberi perhatian pada penerangan realiti alternatif dan penggembaraan masa versi DC, kerana ia masih lagi rumit untuk difahami. Perbincangan diantara Barry Allen dan Bruce Wayne serta perbuatan Barry yang kerap memanipulasi realiti pada klimaks filem ini adalah bahagian penting dalam The Flash kerana babak-babak tersebut menggambarkan ‘kecelaruan’ ‘multiverse’ versi DC. 

Satu pekara yang sangat menarik tentang The Flash adalah kisah ‘origin’ Barry Allen yang emosional dan dalam masa yang sama, kegagalannya untuk menerima kisah lalunya. Bruce Wayne memainkan peranannya sebagai mentor kepada Barry, dan bukan satu, tetapi kedua-dua Bruce Wayne dari dunia yang berbeza. Dia menjadi tokoh yang sangat penting dalam kisah Barry dan menjadi pemangkin kepada perkembangan karakter Barry sepanjang perjalanan filem ini. 

Secara keseluruhannya, The Flash adalah antara filem DCEU yang sangat baik dan sangat bersesuaian dalam membentuk semula perjalanan filem-filem DC seterusnya. Kita akan teruja melihat penggembaraan Barry Allen ke masa lampau dan melihat dia bersama-sama yang lain menghalang General Zod yang datang ke menyerang Bumi. Micheal Keaton mengembalikan semula kenangan anda yang pernah menonton filem-filemnya sebagai Batman, dan Sasha Calle sangat sesuai memainkan wataknya sebagai Supergirl. Cuma agak sayang, filem ini mungkin menjadi filem pertama dan terakhir Sasha sebagai Supergirl.

Dari segi penceritaan, ia memberikan banyak input tentang ‘multiverse’ DC dan kesungguhan Barry untuk membentulkan kembali kesilapannya. Terdapat beberapa adegan yang agak ‘cheesy’ dengan paparan CGI yang agak…meh. Ada beberapa cameo yang pasti mengujakan peminat DC, dan yang paling penting, anda akan menyedari bahawa kacau bilau realiti yang disebabkan oleh Barry masih belum tamat. 

The Flash mengandungi babak ‘end-credit,’ pastikan anda terus berada di tempat duduk!

The Flash akan ditayangkan di pawagam pada 16 Jun ini.

Rating Kakimuvee

3.5/5


Related posts

Peminat Gambarkan Alexandra Daddario Sebagai Wonder Woman

Kakimuvee

Trailer Aquaman and the Lost Kingdom Pratonton Filem Terakhir DCEU

Kakimuvee

Review Filem: Sleep (2023)

Kakimuvee

Netizen Kecewa Dengan CGI Buruk Atlanna Lakonan Nicole Kidman Dalam Teaser Aquaman and the Lost Kingdom

Kakimuvee

[VIDEO] Teaser Aquaman and the Lost Kingdom Pratonton Filem Terbaru DC

Kakimuvee

Warner Bros. Discovery & UNIFI Memperluaskan Kerjsama Dengan Pelancaran Pek HBO & HBO GO Di UNIFI TV

Kakimuvee