Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Review

Review Filem: The Cursed: Dead Man’s Prey (2021)


Sebuah filem Korea kini dipertaruhkan di pawagam setelah beberapa buah filem daripada Korea yang ditayangkan beberap bulan lalu. The Cursed : Dead Man’s Prey merupakan sebuah filem yang merupakan versi “extended” daripada siri TV The Cursed yang ditayangkan pada 2020 yang lalu.

Filem The Cursed : Dead Man’s Prey pada kali ini mengenengahkan penceritaan berkaitan dengan sebuah syarikat farmaseutikal gergasi Korea yang terlibat dalam satu siri ujikaji pengeluaran ubatan yang baharu dan menggunakan ramai tenaga manusia untuk dijadikan sebagai subjek ujikaji mereka. Ujikaji tersebut walau bagaimanapun menemui jalan buntu dan membawa banyak kerosakan berbanding kebaikan. Bermotifkan dendam, bapa kepada salah seorang subjek ujikaji tersebut telah menggunakan ilmu hitam untuk membunuh mereka yang terlibat dalam program ujikaji tersebut.

Perkara pertama yang perlu diketahui para penonton adalah, sekiranya anda tidak menonton siri TV The Cursed ini maka tidak menjadi masalah untuk anda menonton filem ini kerana segala perkara yang berlaku diterangkan serba sedikit kepada penonton melalui beberapa babak imbas kembali. Pada mulanya mungkin akan sedikit pening namun anda akan dapat menangkap segala penceritaannya seiring filem ini diteruskan sehingga ke akhirnya.

Satu perkara yang layak dipuji oleh produksi filem ini adalah cara mereka menimbulkan rasa seram dan juga saspen kepada penonton. Walaupun babak “thrill” dan seram itu tidak banyak namun mereka menggunakan babak tersebut dengan begitu baik dan mampu meremangkan bulu roma penonton sekaligus memberikan pengalaman sinematik yang bermakna kepada penonton.

Terdapat juga percampuran budaya antara Korea, China dan Indonesia di dalam filem ini yang mana perkara ini dilihat sebagai warna warni di dalam filem. Mungkin tidak begitu membantu plot penceritaan namun campuran budaya ini dilihat menjadi sebagai satu nilai tambah kepada pengalaman sinematik setiap penonton.


Filem ini mengandungi dua kredit babak akhir. Jangan bimbang sekiranya takut terlepas, kerana terdapat sarikata yang meminta anda untuk terus menunggu di dalam dewan tayangan sehingga kredit babak akhir kedua selesai yang mana berkemungkinan merupakan pratonton (teaser) kepada filem seterusnya dalam siri The Cursed.

Secara keseluruhannya, filem ini merupakan sebuah filem seram “thriller” yang berbaloi untuk ditonton dan sesuai untuk ditonton bukan sahaja untuk peminat filem Korea malahan juga untuk penonton filem kasual.

Rating Kakimuvee

4/5


Related posts

Lee Sun Bin, Kim Min Seok Akan Membintangi Filem Seram Terbaru

Kakimuvee

Review Filem: The Exorcist: Believer (2023)

Kakimuvee

Review Filem: The Creator (2023)

Kakimuvee

Selepas 12 Hari Di Tayangkan Di Korea, Sleep Telah Mencatat Lebih 1 Juta Penonton

Kakimuvee

Filem Lakonan Shin Hye-Sun & Kim Sung-Kyun Akan Ditayangkan Di Pawagam Tempatan Pada 28 September Ini

Kakimuvee

Review Filem: Sleep (2023)

Kakimuvee