Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Review

Review Filem: The Con-Heartist (2021)


Sudah lama rasanya kami tidak mereview filem Thailand dan begitu juga dengan tayangan di layar gergasi negara yang jarang menayangkan filem dari Thailand. Mungkin kerana tiada produk filem dari sana atau tiada syarikat dalam negara yang mengambil filem dari sana.

Umum mengetahui Thailand terkenal dalam industry filem bergenre seram akan tetapi, sejak kebelakangan ini penghasilan filem seram dari sana sangat mengecewakan dari segi kualitinya. Filem seram terakhir yang berkualiti daripada Thailand adalah Krasue Inhuman Touch.

Filem yang ingin diulas pada kali ini adalah sebuah filem bercorak romantik komedi daripada Thailand yang diterbitkan oleh GDH 559 dan diarahkan oleh Mez Tharaton. Sebuah filem yang mengisahkan perihal seorang scammer yang ingin menipu seorang gadis yang akhirnya berjaya dibongkar penipuannya itu dalam sekelip mata.

Dek kerana desakan hutang dan dendam kepada bekas teman lelakinya yang lepas, gadis ini telah berpakat dengan scammer itu tadi untuk menipu wang bekas teman lelakinya itu. Pelbagai rancangan dan penipuan telah direncanakan dan akhirnya satu persatu berjaya dilaksanakan oleh mereka.

Thailand mungkin sudah ketinggalan dalam execution filem seram namun bagi kami ini adalah niche seterusnya bagi pihak produksi filem di Thailand kerana melihat kepada beberapa filem Thailand kebelakangan ini ia menunjukkan kualiti yang memberangsangkan termasuk filem The Con – Heartist ini.


Selain daripada jalan ceritanya yang menarik, visual gaya moden yang diberikan juga cukup menambahkan lagi unsur dramatik yang diberikan kepada penonton dalam filem ini. Gaya dan editing visual seperti ini jarang dapat dilihat dalam filem tempatan dan sekiranya digunakan dalam jumlah yang bertepatan dan kena pada masanya, ia boleh memberi satu perkara yang menarik dalam filem dan memuaskan lagi tontonan yang dibuat.

Jalan cerita yang ditawarkan dalam filem ini juga cukup menarik. Sekiranya dahulu kita disajikan dengan keunikan jalan cerita Bad Genius 2017 dahulu, 2021 ini kita akan tertarik dengan keunikan jalan cerita yang diberikan oleh pihak produksi.

Twist yang diberikan tidak teruk malah setiap twist itu mendorong kepada perkembangan jalan cerita dan twist yang seterusnya menjadikan penonton tidak jemu menonton filem ini dan berpuas hati dengan pengakhiran yang diberikan.

Satu pujian yang boleh diberikan adalah real – time execution yang diberikan sedikit dalam filem The Con – Heartist ini. Pengamalan norma baharu dalam filem turut diberikan dan impak pandemik COVID-19 terhadap ekonomi turut ditunjukkan. Tak kira anda sektor ekonomi halal atau tidak.

Rating Kakimuvee

4.5/5


Related posts

Rancangan Realiti Single’s Inferno Akan Kembali Pada 12 Disember Ini

Kakimuvee

Trailer Pertama Sweet Home Musim 2 Telah Didedahkan

Kakimuvee

Netflix Kongsi Klip Terbaru “Castaway Diva” Park Eun Bin

Kakimuvee

KBS Keluarkan Poster Terbaru The Matchmakers Yang Menampilkan Rowoon, Cho Yi Hyun & Ramai Lagi

Kakimuvee

“My Dearest” Dominasi Rankin Drama & Pelakon Untuk Minggu Ini

Kakimuvee

Lee Sun Bin, Kim Min Seok Akan Membintangi Filem Seram Terbaru

Kakimuvee