Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Review

Review Filem: The Call (2020)


Amaran Spoiler!

Bagi penonton yang mencari filem Korea yang ‘pecah otak’, mungkin saya boleh cadangkan satu filem terbaru Netflix berjudul The Call.

The Call merupakan sebuah filem thriller fantasi yang berkisar pada dua wanita dari masa yang berbeza. Park Shin-hye memainkan peranan sebagai Seo Yeon, seorang wanita yang tinggal di masa sekarang, manakala Young Sook, lakonan Jeon Jong-seo, tinggal dua puluh tahun dimasa lampau. 

Cerita The Call bermula apabila Seo Yeon pulang ke kampung halamannya bagi menjaga ibunya yang sedang menghidapi barah otak. Ketika berada dirumah keluarganya, dia telah mendapat panggilan kecemasan dari seorang yang tidak dikenali. Pada mulanya, Seo Yeon menyangka pemanggil tersalah dail nombor telefon, namun setelah beberapa kali menerima panggilan dari orang yang sama, dia mula mensyaki ada sesuatu yang tidak kena. 

Satu hari, dia menemui sebuah bilik rahsia dirumahnya, dan terjumpa sebuah diari milik wanita yang bernama Young Sook. Setelah gagal mendapat maklumat dari penduduk sekitar, Seo Yeon bertanya kepada pemanggil misteri itu adakah dia Young Sook, dan mengejutkan, pemanggil itu memberitahu dia adalah Young Sook, wanita yang tinggal dirumah yang sama 20 tahun yang lalu. 


Berbeza garis masa, kedua-dua mereka sering berhubung melalui telefon, sehingga Seo Yeon meminta bantuan kepada Young Sook untuk menyelamatkan ayahnya yang telah meninggal dunia. Namun, segalanya menjadi semakin rumit apabila kedua-dua mereka mengganggu garis masa sebenar. 

The Call boleh dikatakan agar sukar untuk difahami, bukan disebabkan jalan ceritanya yang rumit, tetapi terlampau banyak ‘plot hole’, terutamanya pada ‘second’ dan ‘third act’. Terdapat beberapa babak yang memerlukan penonton berfikir sedangkan ianya boleh disumbat terus ke dalam penceritaannya tanpa perlu meninggalkan lubang. 

Saya sedikit kecewa dengan cara The Call mengubah perceritaan dari tenang ke thriller. Jujur saya katakan, cerita filem ini sepatutnya berakhir pada minit ke-60, sekiranya Seo Yeon tidak mendedahkan nasib Young Sook dimasa hadapan. Dia sudah tahu nasib Young Sook, tetapi masih mahu memberitahunya – ‘lazy writing’.

Mungkin ada yang beranggapan, perbuatan Seo Yeon itu hanya sekadar mahu mengembangkan plot dengan mewujudkan konfrontasi diantara dua watak, tetapi bagi saya, penulisnya kurang baik dan hanya menunjukan betapa singkatnya pemikiran Seo Yeon dengan mendedahkan masa hadapan orang yang berada dimasa lampau tanpa memikirkan akibatnya. Sekiranya dia tidak berbuat demikian, sudah tentu…  ‘happy ending’ – biasalah, filemkan :). 

Namun, disebalik ‘poor writing’ di pertengahan cerita, The Call berjaya memberikan debaran yang tidak terhingga kepada penonton. Ancaman Young Sook yang mahu menganggu masa hadapan Seo Yeon membuatkan saya tidak senang duduk – sudah tentu, saya mengabaikan terus kelemahan ceritanya. Lakonan Park Shin-hye dan Jeon Jong-seo menjadi faktor kepada ‘thriller’ filem ini. 

Watak Young Sook yang psiko dibawa dengan begitu baik oleh Jeon Jong-seon, jujur! saya geram dengan wataknya. Begitu juga dengan Park Shin-hye, yang berjaya menghidupkan watak terutamanya selepas Seo Yeon menerima ancaman dari Young Sook. Kekuatan The Call terletak kepada kualiti lakonan kedua-dua pelakon ini, dan saya jamin, mereka berdua tidak mengecewakan anda. 

Bercakap mengenai tema sains fiksyen, The Call menggunakan konsep yang hampir serupa dengan paradok merentas masa, yang mana seseorang pergi ke masa lampau untuk mengubah masa hadapan. Cuma dalam The Call, ia menggunakan telefon sebagai perantaraan untuk seseorang itu mengubah masa hadapan, mirip seperti filem Frequency atau drama Korea seperti Signal dan Kairos. 

Antara babak yang paling menarik dalam filem ini adalah kaitan diantara penamat dan babak kredit. Banyak perdebatan tentang bagaimana filem ini berakhir, dan kenapa perlu pekara yang membuatkan penonton merasa pecah otak bila memikirnya. Bagi saya ia, penamatnya terbuka, saya sukakannya, memerlukan otak untuk berfikir tentang apa yang berlaku di penghujung filem. 

Sinematografi sangat cantik, rekabentuk produksi dan kesan khasnya sangat kemas. Penonton tidak akan keliru dengan garismasa Seo Yeon dan Young Sook, kerana babak yang melibatkan kedua-dua watak ini menggunakan tona warna yang berbeza. 

Walaupun terdapat beberapa bahagian cerita yang boleh dipertikaikan, The Call jelas sekali tidak mengecewakan, lebih-lebih lagi selepas ia berjaya membuatkan otak anda berserabut memikirkan penamatnya. Apapun, kekuatan filem ini bukan pada genre, teknikal atau ceritannya, tetapi pada lakonan hebat Park Shin-hye dan Jeon Jong-seo.

Jadi, kepada penonton yang inginkan sebuah filem ‘mindblowing’ dari Korea dengan ‘acting’ yang bagus, The Call adalah filem yang harus anda tonton.

Rating Kakimuvee

4/5


Related posts

Zuko Pamer Skil ‘Firebending’ Dalam Klip Video Avatar: The Last Airbender

Kakimuvee

Jumlah Penonton ‘Rebel Moon Part 1’ Di Netflix Telah Didedahkan

Kakimuvee

Dokumentari Jenayah Jho Low MAN ON THE RUN Akan Tayangan Di Netflix Pada Januari Ini

Kakimuvee

Rancangan Realiti Single’s Inferno Akan Kembali Pada 12 Disember Ini

Kakimuvee

Trailer Pertama Sweet Home Musim 2 Telah Didedahkan

Kakimuvee

Trailer Leave the World Behind Menampilkan Barisan Pelakon Bintang

Kakimuvee