Review

Review Filem: The Bridge Curse (2020)

Views

Amaran Spoiler!!!

Selepas beberapa bulan ditutup akibat pandemik COVID-19, akhirnya pihak kerajaan telah membenarkan pawagam untuk kembali beroperasi selepas melihat situasi pandemik di negara kita yang semakin pulih. Walaupun telah kembali beroperasi, pilihan untuk menonton filem buat masa ini masih lagi terhad memandangkan banyak filem-filem blockbuster telah ditangguhkan tayangannya.

Namun begitu, masih terdapat beberapa filem baru yang boleh menjadi pilihan pengunjung, antaranya filem seram dari Taiwan, The Bridge Curse.

Saya bukanlah peminat filem-filem seram, tetapi ia tetap menjadi tontonan saya kerana ingin melatih diri melawan rasa takut dan terkejut. Secara jujurnya, saya tiada sebarang info awal mengenai The Bridge Curse. Saya tidak kenal pengarahnya, dan saya tidak pernah menonton sebarang filem atau rancangan televisyen para pelakon filem ini. Tetapi memandangkan filem seram ini datangnya dari Taiwan – saya tidak pernah menonton filem seram Taiwan -, saya cuba untuk menontonnya, mana tahu ianya memberi pengalaman berbeza kepada saya.

Secara ringkasnya, The Bridge Curse berkisar tentang sekumpulan bekas pelajar yang memberanikan diri ‘bermain hantu-hantu’ disebuah jambatan yang terletak di Universiti Tunghai – universiti yang telah lama dikosongkan akibat kes pembunuhan. Menurut ‘urban legend’ masyarakat setempat, jambatan tersebut telah dihantui entiti gadis yang dipercayai putus cinta, dan akan menghantui serta meragut nyawa sesiapa sahaja yang menaiki tangga di jambatan tersebut.

BACA:  Review Filem: ROH (2020)

Bagi saya, The Bridge Curse tidaklah teruk dan tidaklah begitu bagus. Ianya sebuah filem seram tipikal Asia yang mana ‘jumpscare’ dan wajah hantu yang menakutkan menjadi sesuatu yang wajib dalam setiap filem-filem seram dari Asia. Bagaimanapun, penceritaannya boleh dianggap sedikit menarik walaupun ‘dragging’ di pertengahan filem.

Filem ini memaparkan dua jalurmasa yang berbeza iaitu di masa lampau – berkisarkan tentang sekumpulan pelajar yang diburu hantu, yang mana kisah mereka menjadi plot utama filem – dan di masa sekarang yang menceritakan kisah seorang wartawan yang menyiasat kes kematian misteri melibatkan pelajar-pelajar tersebut.

Pada awalnya, penonton mungkin beranggapkan filem ini tidak perlu untuk memiliki dua ‘timeline’ yang berbeza – cukup sekadar kisah para pelajar diburu hantu. Tetapi penulis filem ini sangat kreatif dalam mengaitkan kedua-dua cerita di mana penonton akan disajikan plot twist dipenghujung filem. Plot twist mungkin boleh dijangka, tetapi sekurang-kurangnya ia tidak membazirkan subplot wartawan yang menyiasat kes kematian misteri. Selain itu juga, babak kredit filem ini memberi ending terbuka kepada penonton.

BACA:  Review Filem Korea: #ALIVE (2020)

Dari segi keseraman, The Bridge Curse tidak membuatkan bulu roma anda menegak, tetapi babak-babak ‘jumpscare’nya boleh membuatkan anda terkejut – lebih-lebih lagi filem ini lebih kepada suasana waktu malam dan suram, yang mana ia membantu dalam memberi kejutan kepada penonton. Cuma, seperti tipikal filem – filem seram, watak-wataknya ‘acah-acah’ berani walaupun tahu ada hantu yang menganggu mereka – serius! anda boleh menjadi geram.

Secara keseluruhannya, The Bridge Curse adalah sebuah filem biasa yang memiliki nilai hiburan yang memuaskan. Jika anda mencari filem seram yang berbeza dari Hollywood, ASEAN, Korea mahupun Jepun, filem dari Taiwan ini mungkin dapat memberi sesuatu segar kepada anda.

RATING KAKIMUVEE: 6/10

Tinggalkan Balasan

shares