Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Review

Review Filem: The Box (2021)

Filem Korea pertama lakonan Chanyeol EXO, The Box, sudah mula tayang di pawagam Malaysia bermula 8 April yang lalu. The Box merupakan filem muzikal road trip yang mengisahkan Ji-hoon (Chanyeol EXO), seorang penyanyi yang mempunyai cita-cita tinggi untuk digapai. Demi mewujudkan cita-cita itu, dia tidak sengaja bertemu dengan Min-soo (Jo Dal-hwan) produser muzik yang selalu berusaha untuk nampak hebat dalam segala situasi.

Penyanyi dan produser itu kemudian memulai perjalanan muzik bersama dan kemudian mengubah kehidupan keduanya.Chanyeol EXO bukan hanya akan berlakon sebagai pelakon dalam The Box. Penyanyi bernama lengkap Park Chan-yeol ini juga bakal berpartisipasi dalam membuat lagu-lagu yang akan dinyanyikan dalam filem.The Box diarahkan oleh Yang Jung-woong yang sebelum ini menjadi produser eksekutif upacara pembukaan serta penutupan Olimpik Musim Sejuk PyeongChang 2018.The Box menjadi film Korea pertama lakonan Chanyeol EXO 

Usaha seorang penyanyi muda dalam melawan demam untuk melakukan persembahan di atas pentas yang disebabkan oleh trauma merupakan premis yang amat menarik. Kotak yang dimaksud dalam The Box bukan saja kotak bodoh tetapi kotak yang bersungguh-sungguh membantu menutupi penyanyi tersebut di awal usahanya untuk melawan masalahnya, melainkan juga sebuah perumpamaan yang kotak selama ini mengekang dirinya untuk meraih sebuah impian dan hasrat. Dengan premis dan lagu “Break Your Box”, The Box terlihat seperti sebuah penciptaan yang sangat bermakna mengajak penonton untuk ikut merasakan dan berjuang bersama tokoh utamanya.Tapi sayang akhirnya pengakhrinya penceritaan tidak berakhir dengan baik serta memuaskan hati penonton.

Masalah terbesar adalah dimana filemnya menunjukkan penyebab trauma yang dialami Ji-hoon (Park Chan-yeol) melalui pelbagai berbagai adegan flashback namun tidak mengajak penonton untuk ikut merasakan apa yang dialaminya, semuanya berakhir hampa kerana penonton tidak dapat berasa impati terhadap karakter utama yang sepatutnya menjadi sesuatu yang penting kepada penonton. Penonton hanya melihat namun tidak merasakan.

Naskahnya tidak mengali lebih dalam masalah yang dialami Ji-Hoon. Setiap scene yang seharusnya menjadi tangkap hati penonton dan mengorek lebih dalam usaha dan keadaan batin Ji-hoon, hanya lalu dan pergi begitu sahaja, sehingga konflik filemnya tidak meninggalkan sesuaut luka atau perasaan pedih sama sekali kepada penonton iarat baru nak tergores kulit dengan dalam tapi tak sempat. Penonton melihat perjuangan Ji-hoon mengatasi traumanya tapi penonton tidak pernah diajak dengan serius untuk memahami dan merasakan bagaimana emosi perjuangannya sendirian dalam masalahnya.

Adegan muzikalnya hanya biasa biasa sahaja. Sesekali, beberapa adegan muzik seperti lagu “Bad Guy” dengan pertunjukan gitaryang sangat hebat dan menarik perhatian  atau “What a Wonderful Life” yang memiliki sentuhan emosional sensitif tersendiri, tampil dengan begitu baik. Sayangnya, selebihnya tampil tanpa kreatif yang baik. Bagi aku, adegan muzik yang baik bukan hanya adegan yang ternampak bagus dengan lagu yang menarik namun boleh juga memiliki makna dan merupakan perumpamaan akan keadaan pelakon utamanya pada masa itu.

Arrangement ulang lagu-lagu popularnya dilakukan dengan menarik sehingga lagu-lagu tersebut sangat fresh di telinga. Bagi penggemar EXO atau Chan-yeol, aku yakin diaorang semua akan terhibur melihat idola diaorang menunjukkan bakatnya sendiri  di dalam bidang muzik,sama ada masa bernyanyi atau bermain alat muzik.

Dari segi lakonan sangat baik dan lebih menguntungkan apabila Chan-yeol menggunakan close-up untuk menangkap setiap ekspresi wajahnya, menunjukan kepada penonton perjuangan yang dialami oleh pelakon utama. Pada akhirnya, sehebat mana pun lakonan yang diberikan oleh Park Chan-yeol, The Box berakhir menjadi sebuah filem muzikal biasa sahaja tapi watchable yang sedikit lemah membuatkan premis menarik yang dimilikinya menjadi sederhana seperti itu sahaja.Walaubagaimanapun peminat EXO-L tentu sahaja akan menggangungkan filem ini dan mengemarinya.

The Box kini ditayangkan di pawagam terpilih.

Rating Kakimuvee

3.5/5

Selain menjadi penulis blog Kakimuvee dan salah seorang moderator di laman Facebook Kakimuvee Reborn, Penulis juga merupakan founder media sosial dan blog Rekomen Filem. Ulasan ini telah diterbitkan di blog rekomenfilem.com pada 10 April 2021. 

Related posts

Review Filem: The Tomorrow War (2021)

Kakimuvee

Review Filem: Mat Bond Malaya (2021)

Kakimuvee

Review: Zombitopia (2021)

Kakimuvee

Review Filem: June & Kopi (2021)

Ahmad Fariszuan

Review Filem: The Djinn (2021)

Ahmad Fariszuan

Review Siri TV: The Mandalorian (S1 & S2)

Kakimuvee

Leave a Comment