Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Review

Review Filem: The Bombardment (2021)


AMARAN SPOILER!!!

Operation Carthage‘ merupakan satu siri serangan udara oleh Tentera Udara British keatas ibu pejabat Gestapo di Denmark sewaktu penghujung Perang Dunia Ke-2. Walaupun serangan tersebut dianggap sukses, kerana berjaya melumpuhkan operasi memburu penentang Denmark oleh Nazi, ia turut meninggalkan satu peristiwa yang cukup tragis dimana lebih 145 orang awam, kebanyakkannya kanak-kanak, terbunuh hanya disebabkan kesilapan sasaran.

The Bombardment, juga dikenali sebagai The Shadow in My Eye, diarahkan oleh Ole Bornedal dan memfokuskan pada peristiwa yang berlaku pada sebelum dan selepas serangan Tentera Udara British, dari prespektif kanak-kanak dan guru di sekolah Katolik Jeanne d’Arc.

Henry, seorang remaja yang menjadi trauma selepas melihat sebuah kereta musnah ditembak pesawat pejuang British, telah dihantar oleh ibunya untuk tinggal bersama keluar sepupunya, Rigmor di ibu kota Copenhage. Dia, Rigmor dan rakan sepupunya, Eva, belajar disekolah yang sama – Jeanne d’Arc. Filem ini juga turut memberi fokus pada cerita Sister Teresa, biarawati di Jeanne d’Arc, dan seorang Gestapo tempatan, Frederik, yang mula berubah selepas bertemu dengan Teresa. 

Bornedal, yang turut menulis lakon layar untuk filem ini, menyusun struktur ceritanya dengan begitu baik sekali sehingga ia mampu menjadi sebuah filem perang yang cukup luar biasa. Separuh masa pertama The Bombardment mencampurkan naratif yang berkaitan dengan kesihatan mental dan tragedi-tragedi sewaktu perang yang memberi kesan pada seseorang. 


Penonton akan melihat seorang remaja menjadi sangat trauma apabila melihat langit biru selepas menyaksikan sebuah pesawat memusnahkan sebuah kereta, seorang juruterbang Tentera Udara British yang menjadi murung selepas tersilap menembak sasaran, dan perbuatan ‘berani mati’ seorang biarawati yang mengelar pegawai Gestapo sebagai syaitan di mata tuhan kerana benci dengan kekejaman Nazi di negara mereka. 

Satu pekara yang akan membuatkan anda merasa sangat kagum adalah sinematografinya. Hasil kerja yang sangat cantik dan indah di awal filem dengan segera bertukar menjadi sangat dramatik dan mendebarkan, terutamanya ketika memasuki separuh masa kedua. Rakaman di dalam kokpit dan ketika pesawat terbang di pokok dan bumbung bangunan kelihatan sangat realistik, begitu juga semasa adegan pengeboman di mana anda akan dapat merasai ketegangan dan debaran ketika melihat para pelajar dan guru lari menyelamatkan diri. 

Filem ini juga menggabungkan semua jalan ceritanya dengan baik sekali pada ‘act’ ketiga. Setiap watak mula dihubungkan dalam satu cerita yang dramatik, sama ada secara langsung atau tidak langsung. Emosi yang cukup bercampur-baur sewaktu semua penduduk berpusu-pusu menyelamatkan para pelajar dan guru yang terperangkap di celahan bangunan.

Ironinya, tiada langsung paparan selepas pengeboman di ibu pejabat Gestapo, hanya menunjukkan bangunan sekolah yang musnah, sekaligus membuatkan penonton berfikir, perang tidak mengenal mangsanya. 

The Bombardment menggambarkan imej perang yang cukup mengganggu dan berpotensi menghantui emosi anda. Sama ada melihat tubuh gadis kecil dikeluarkan dari runtuhan, seorang remaja lelaki yang menjadi fobia apabila melihat langit terbuka, dan biarawati yang mula mempersoalkan kewujudan tuhan dek kerana tidak tahan dengan kekacauan dan porak-poranda yang berlaku akibat perang – Faktanya jelas; tidak siapa yang menang, walaupun sebelah pihak diisytiharkan pemenang, kedua-duanya tetap menanggung kerugian yang besar, dan lebih menyayatkan hati, meragut nyawa orang yang tidak bersalah. 

Rating Kakimuvee

4/5

Strim The Bombardment

Related posts

Zuko Pamer Skil ‘Firebending’ Dalam Klip Video Avatar: The Last Airbender

Kakimuvee

Jumlah Penonton ‘Rebel Moon Part 1’ Di Netflix Telah Didedahkan

Kakimuvee

Dokumentari Jenayah Jho Low MAN ON THE RUN Akan Tayangan Di Netflix Pada Januari Ini

Kakimuvee

Rancangan Realiti Single’s Inferno Akan Kembali Pada 12 Disember Ini

Kakimuvee

Trailer Pertama Sweet Home Musim 2 Telah Didedahkan

Kakimuvee

Trailer Leave the World Behind Menampilkan Barisan Pelakon Bintang

Kakimuvee