Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Review

Review Filem: The Assistant (2022)

(AMARAN SPOILER)

Setelah menghasilkan beberapa filem aksi negara seperti Wira dan Paskal, Adrian The kini pada tahun 2022 tampil dengan sebuah lagi buah tangan beliau yang juga dalam genre aksi berjudul The Assistant. Filem ini dibintangi barisan pelakon aksi yang tidak asing lagi dalam genggaman Adrian iaitu Hairul Azreen, Henley Hii dan menampilkan Iedil Dzuhrie Alaudin sebagai penggalas watak utama.


Filem The Assistant pada kali ini dilihat sedikit bijak pada perlaksanaan penceritaannya dengan menggunakan satu kondisi mental yang dikenali sebagai Disassociative Identity Disorders (DID) yang mana mereka yang mengalami kondisi mental seperti ini akan mempunyai beberapa identiti atau personaliti dalam diri mereka.

Perkara ini adalah disebabkan daripada tekanan hidup yang dialami oleh seseorang dan mereka ingin menyesuaikan diri mereka dengan keadaan sekeliling (coping mechanism) yang mencabar disamping menyembunyikan rasa hati mereka yang paling dalam. Manakala pertukaran identiti mereka pula akan berlaku disebabkan daripada beberapa perkara (trigger point) seperti kerdipan cahaya terang yang keras (flashing light). Jika boleh saya sebutkan disini adalah sepertimana filem Glass (2019).

Zafik merupakan seorang pemuda yang baru sahaja dibebaskan daripada penjara atas pertuduhan memiliki dadah dan lebih malang lagi, anak dan isterinya telah dibunuh oleh orang yang tidak diketahui. Bersama – sama Feroz, Zafik berusaha sedaya upaya menjejak siapakah pembunuh anak dan isterinya itu. Dalam pada waktu yang sama, Zafik bekerja dibawah rakan lamanya iaitu Dato Sam yang kini memiliki sebuah empayar di sebuah kotaraya.

Filem ini pada dasarnya dilihat memiliki jalan cerita yang mudah dan ringkas sahaja iaitu menggunakan dendam sebagai tonggak utama kepada jalan ceritanya.

Faktor yang menarik dalam filem ini adalah apabila motif dendam ini disulam dengan kondisi mental DID. Walaupun terdapat beberapa perkara yang boleh dipersoal akan tetapi filem ini mampu menjadi titik tolak kepada perkembangan filem filem tempatan untuk memiliki konsep menarik seperti ini.

Kesimpulannya, filem The Assistant adalah sebuah filem aksi tempatan yang berbaloi untuk ditonton di pawagam walaupun ada beberapa penonton yang mungkin akan pening dengan konsep yang digunakan dan nasihat saya adalah cuba untuk tidak tiba lewat dalam dewan tayangan untuk mengelakkan anda terlepas butiran penceritaan.

Rating Kakimuvee

4/5

Related posts

Review Filem: Mat Kilau – Kebangkitan Pahlawan (2022)

Ahmad Fariszuan

Review Siri: Star Wars: Bad Batch (2021)

Kakimuvee

Review Filem: Spilt Gravy on Rice (2022)

Ahmad Fariszuan

Review Filem: Top Gun: Maverick (2022)

Kakimuvee

Review Filem: Tiga Janda Melawan Dunia (2022)

Ahmad Fariszuan

Review Filem: Menjelang Magrib (2022)

Ahmad Fariszuan

Leave a Comment