Review

Review Filem: Terra Willy (2019)

Views

AMARAN SPOILER!!!

Mungkin anda merasa agak janggal mendengar tajuk filem animasi Terra Willy: Planète inconnue atau juga dikenali sebagai Astro Kid. Saya berani jamin, mesti ramai dikalangan anda semua tertanya-tanya mengenai filem animasi ini - termasuklah saya.

Semasa saya terlibat dengan tayangan amal bersama Rumah Kanak-Kanak Tengku Budriah, Cheras, saya melakukan sedikit ulangkaji mengenai filem Terra Willy bagi mendapat sedikit gambaran latarbelakang cerita dan konsep filem tersebut.

Secara rumusannya, plot filem Terra Willy agak ringkas dan ala Jungle Book (filem ini ditulis oleh pencipta Jungle Book). Ia berkisarkan tentang Willy, seorang penggembara muda yang terpisah denga keluarganya dan secara tidak sengaja terhempas kesebuah planet yang cukup asing. Dia ditemani robot kemandirian bernama Buck yang sering melindunginya dari ancaman bahaya. Mereka berdua kemudiannya cuba mencari jalan untuk menghubungi ibubapa Willy dan dalam yang masa menyesuaikan diri untuk hidup di planet tersebut serta melakukan misi sebagai seorang penggembara muda.

Meskipun tidak banyak interaksi diantara Willy dan makhluk di planet tersebut sepertimana kita melihat Mowgli dan rakan-rakan haiwannya, 'vibe'nya tetap ada. Cuma konsep ala Jungle Book dibuat lebih ringan agar ia bersesuaian dengan tontonan kanak-kanak seusia 4 tahun dan keatas.

Menonton bersama kanak-kanak memberi gambaran lebih jelas tentang penerimaan filem Terra Willy kepada penonton-penonton kecil. Saya perhatikan mereka sangat terhibur dan fokus, jadi saya beranggapan mereka dapat memahami jalan ceritanya dan mampu bergelak ketawa dengan jenaka yang ringan.

Selain itu juga, animasinya yang sangat kemas dan berwarna-warni menjadi daya tarikan utama yang membuatkan penonton kanak-kanak ini ceria dan senang menerima filem yang ditonton oleh mereka.

Sebagai seorang penonton yang melihat filem ini dari prespektif orang dewasa, saya juga terhibur dan senang menerima filem ini. Plotnya yang ringkas tidak memberi banyak masalah kerana ia digarap dengan begitu baik. Babak-babak emosi terutamanya dipenghujung filem berjaya disampaikan kepada penonton. Saya tidak pasti adakah kanak-kanak turut terasa sedih, tetapi saya tidak mahu menipu anda, jujur saya katakan, saya tersentuh dengan cara pembikin filem menamatkan cerita dengan penuh beremosi.

Terra Willy juga turut menyelitkan banyak mesej kepada kanak-kanak terutamanya tentang kasih sayang, persahabatan dan bersifat positif. Terdapat beberapa babak yang menunjukkan konflik diantara Willy dan Buck, dan cara penyelesaian konflik dibuat dengan berhati-hati serta penuh positif agar penonton dapat belajar sesuatu dari filem tersebut.

Secara keseluruhannya, Terra Willy merupakan sebuah filem yang cukup bagus untuk penonton kanak-kanak. Keseluruhan gambar yang cukup cantik, kemas serta berwarna-warni dengan runut bunyi yang tidak terlampau kuat dan menenangkan serta jalan cerita ringkas dan karakter yang comel, ia dapat memberikan satu kepuasan yang cukup maksimum kepada mereka. Jadi kepada penonton yang memiliki anak-anak kecil dan ingin membawa mereka menonton wayang, Terra Willy harus dimasukkan dalam senarai anda, dan saya yakin anak-anak anda pasti akan menyukai filem ini.

RATING KAKIMUVEE: 8/10

Tinggalkan Balasan

shares
Enable Notifications    Ok No thanks