Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Review

Review Filem: Syahadan (2022)

Setelah negara digemparkan dengan sebuah filem bertemakan silat beberapa tahun yang lalu, 2022 ini sebuah lagi filem dengan membawa tema yang sama telah menemui penonton pada Februari yang lalu. Arahan Halim Hassan dan Fairus Husain, dibintangi oleh Taqiyuddin Hamid, Al Jufferi Jamari, Fauzi Khalid dan beberapa lagi pelakon pelakon pembantu yang lain. Menemui para penonton pada 17 Februari 2022 yang lepas.

Mengisahkan tentang kehidupan seorang anak muda yang tiada pekerjaan dan hidup dalam keadaan tiada hala tuju serta matlamat. Pada suatu hari, untuk mendisiplinkan beliau, bapanya telah menghantar anaknya itu ke rumah sahabatnya sendiri untuk pembelajaran berkenaan ilmu persilatan.


Anaknya pada mula itu tidak begitu gemar dan sedikit memberontak apabila bapanya sendiri menghantarnya untuk belajar silat akan tetapi setelah melihat tok guru silatnya itu menumpaskan samseng samseng di kampungnya, timbul semangat untuk mempelajari ilmu persilatan ini.

Sebuah filem yang bagus dan baik dengan mengangkat tema persilatan ke layar gergasi setelah filem Geran mendapat sambutan baik dalam kalangan para penonton. Barisan pelakonnya juga diambil daripada kalangan mereka yang sudah mempunyai asas dalam persilatan.

Hal ini sedikit sebanyak menjimatkan kos pihak produksi dari segi latihan kepada pelakon dan menimbulkan keyakinan para penonton untuk menonton filem ini. Akan tetapi, bagusnya pelakon masih tidak mampu memberi jaminan kepada bagusnya jalan cerita sesuatu filem.

Apa yang menjadi kekurangan dalam filem ini kali ini adalah dari segi jalan cerita dan teknikalnya yang dilihat begitu kosong sehingga tidak Nampak hala tuju yang jelas kepada penceritaan filem ini. Kekosongan ini tidak mampu ditutup sempurna oleh kelincahan para pelakon yang dipamerkan.

Selain itu, perkembangan watak jugak sukar untuk dilihat kerana terdapat beberapa babak yang sepatutnya pelakon masih kosong berkenaan posisi persilatan akan tetapi dilihat sudah pandai dalam beberapa posisi silat.

Namun apa yang boleh dipuji berkenaan filem ini adalah dari segi fakta yang diberikan kepada penonton seperti ilmu pernafasan, ilmu hakikat dan sebagainya yang mana boleh saya katakana bahawa semua yang diperkatakan dalam filem ini tepat dan tiada tokok tambah yang mengarut. Sesungguhnya kejujuran dan ketepatan fakta ini boleh dipuji.

Di akhir filem ini kelihatan seperti pihak produksi ingin menerbitkan sequelnya sendiri namun filem yang pertama ini dilihat begitu rapuh sehingga boleh menjejaskan keyakinan penonton terhadap sekuelnya yang mungkin akan diterbitkan.

Kesimpulannya, filem Syahadan dilihat sebagai sebuah filem yang mungkin telah tersilap olahan genre dan konsep yang diterbitkan kerana aplikasi teknikal penceritaannya begitu rapuh dan tidak meyakinkan.

Rating Kakimuvee

1/5

Related posts

Review Filem: KKN di Desa Penari (2022)

Kakimuvee

Review Filem: Doctor Strange in the Multiverse of Madness (2022)

Kakimuvee

Review Filem: Fantastic Beasts: The Secrets of Dumbledore (2022)

Kakimuvee

Review Filem: Turning Red (2022)

Kakimuvee

Review Filem: The Bombardment (2021)

Kakimuvee

Review Filem: The Adam Project (2022)

Kakimuvee

Leave a Comment