ReviewSlot Tempatan

Review Filem: Suatu Ketika (2019)

Views

AMARAN SPOILER!!!

Sebuah filem yang berlatar belakang kan masa sebelum kemerdekaan Tanah Melayu yang mana pada ketika itu rakyat masih lagi bergantung dan takut kepada pengaruh British yang masih kuat di Tanah Melayu. Mengisahkan tentang sekumpulan anak muda di sebuah sekolah yang begitu meminati sukan bola sepak dan akhirnya disokong oleh para guru serta guru besar sekolah tersebut untuk menubuhkan sebuah pasukan bola sepak rasmi sekolah yang mana turut dibantu oleh tukang kebun yang berada di sekolah tersebut.

Dalam keghairahan mereka untuk menubuhkan pasukan mereka sendiri, mereka sedar bahawa mereka berhadapan dengan satu masalah iaitu kelengkapan yang sangat minima dan ditambah dengan masalah peribadi setiap daripada ahli pasukan. Salah seorang ahli pasukan bola sepak tersebut tidak mendapat kebenaran ibubapanya kerana dia telah disahkan mengidap penyakit jantung dan bapanya risau sekiranya penyakit anaknya itu kembali menyerang ketika perlawanan bola sepak diadakan.

Dugaan dan cabaran terpaksa mereka tempuhi dalam usaha untuk menaikkan nama pasukan bola sepak sekolah mereka sendiri dan untuk terus melakar kejayaan pada masa hadapan. Kepada mereka yang meminati filem biopik fiksyen seperti ini boleh terus menontonnya di pawagam berhampiran anda sekarang juga.

BACA:  Hantu Kak Limah Lepasi Angka RM20 Juta, Wheely Raih RM6.7 Juta

Sebuah filem karya Prakash Murugiah yang mengenengahkan unsur kesukanan dalam filem yang dilihat agak baik dari segi aspek keseluruhan dan jugak “utilization of concept”nya.

Filem ini dilihat berjaya membawa konsep bola sepaknya daripada permulaan sehingga ke pengakhiran filem ini dengan menjadikan perkara – perkara lain sebagai hiasan dan tidak menutup konsep utama filem ini.

Jalan cerita yang juga dilihat “straight to the point” menambahkan lagi rasa ingin tahu para penonton dan ditambah dengan beberapa babak yang mencuit hati serta mendebarkan.

Akan tetapi terdapat beberapa perkara yang kami harapkan menjadi lebih hebat daripada apa yang diberikan iaitu babak aksi perlawanan akhir bola sepak yang kurang epik membuatkan perasaan “anti klimaks” itu ada semasa menonton filem ini ditambah pula dengan perkembangan watak yang agak kurang memberangsangkan.

Namun secara keseluruhan, filem ini sememangnya sebuah filem tempatan yang patut ditonton dalam tahun 2019 ini dengan jalan cerita yang agak menarik dan ditambah dengan kesan khas yang diberikan yang agak hebat serta semangat kesukanan yang ada pada filem ini.

Rating Kakimuvee : 8/10

Tinggalkan Balasan

shares