Review

Review Filem: Stray (2019)

Views

AMARAN SPOILER !!!

Sebuah lagi filem Russia kini kembali menjengah penonton di pawagam Malaysia. Pada mulanya, sedikit kekeliruan berlaku antara filem Stray daripada Russia ini dan juga filem Stray daripada Hollywood kerana dua buah filem ini berkongsi tajuk yang sama, pengedar yang sama iaitu Golden Screen Cinema bagi pasaran Malaysia dan juga berkongsi genre yang sama. Sekiranya anda tidak melihat posternya, kami yakin 90% anda akan tertukar antara filem ini sepertimana yang telah berlaku kepada penulis.

Filem ini sebenarnya mengisahkan tentang tragedi yang menghantui sepasang suami isteri di mana sebuah kejadian telah berlaku kepada mereka yang menyebabkan mereka kehilangan anak mereka sendiri. Pada suatu hari, mereka telah pergi ke sebuah pusat jagaan anak – anak yatim dan si isteri akhirnya telah bersetuju untuk mengambil salah seorang penghuni rumah jagaan tersebut untuk dijadikan sebagai anak angkat, akan tetapi anak yang diambilnya itu dikhabarkan agak pelik berbanding anak – anak yang lain. Walaupun begitu, si isteri tetap mengambil anak itu sebagai anak angkat dan suaminya hanya mengikut sahaja hasrat isterinya itu.

Hari demi hari anak tersebut berada dalam jagaan mereka, mereka akhirnya mengalami pelbagai gangguan yang pelik sama ada daripada perangai anak itu tadi dan juga gangguan dari segi mimpi buruk dan sebagainya. Sehinggalah mereka pergi berjumpa dengan pakar psikologi dan beberapa pakar yang lain untuk mendapatkan nasihat berkenaan status mental dan tumbesaran anak angkat mereka itu.

BACA:  Review Filem : Bikers Kental 2 2019

Seperti biasa dan juga sepertimana filem filem Russia yang lalu, mereka pada kebiasaannya akan tampil dengan idea idea dan juga cita cita filem yang dilihat sangat besar dan akhirnya akan meleset sehingga menjadikan “final product” mereka seolah olah satu perkara yang dilakukan dengan main – main dan menjadikan ia kelihatan seperti sia sia.

Para penonton disajikan dengan visual yang agak “dark” daripada permulaan filem sehingga ke penyudahnya. Hal ini sudah semestinya menimbulkan rasa “creepy” menonton filem ini sendiri akan tetapi perasaan itu dibunuh dengan begitu kejam oleh jalan cerita filem ini sendiri yang dilihat tidak tahu ke mana ia menghala. Kekeliruan jelas kelihatan dalam filem ini sendiri sehingga membuatkan para penonton merasa bosan walaupun baru 20 minit menonton filem ini sendiri.

Bencana dalam filem ini tidak terhenti pada kekeliruan jalan ceritanya sahaja, namun ia diteruskan lagi dengan “placement” end title card filem yang tidak diketahui apakah tujuannya serta Teknik “ending” yang digunakan juga boleh menambahkan lagi rasa marah penonton terhadap filem ini.

RATING KAKIMUVEE : 3/10

shares