Review

Review Filem: Star Wars: The Rise Of Skywalker

Views

Selepas lebih empat dekad, akhirnya penggembaraan keluarga Skywalker dalam perang galaksi dimuktamatkan dalam filem Star Wars: The Rise of Skywalker. Filem ketiga dalam trilogi ketiga Star Wars ini menjadi penentu kepada kejayaan atau kegagalan francais dibawah barisan kreatif Disney.

Ditetapkan setahun selepas peristiwa The Last Jedi, pasukan Resistance mula memulihkan kembali kekuatan dan moral mereka selepas hampir dihancurkan angkatan First Order pimpinan Supreme Leader Kylo Ren (Adam Driver) semasa peperangan di planet Crait. Finn (John Boyega) dan Poe Dameron (Oscar Isaac) telah menjalankan satu misi untuk mendapatkan maklumat dari perisik. Sementara itu, Rey (Daisy Ridley) telah dilatih oleh General Leia Organa (Carrie Fisher) untuk menjadi mempersiapkan diri menjadi Jedi.

Maklumat dari perisik yang diperolehi Finn dan Poe telah mengejutkan pasukan Resistance terutamanya pemerintah tertinggi. Emperor Palpatine yang dipercayai telah terbunuh selepas bertarung dengan Luke Skywalker semasa Peperangan di Planet Endor sebenarnya masih hidup dan telah merancang sesuatu yang akan memberi ancaman terbesar kepada galaksi.

Bagi menghalang perancangan jahat Palpatine dan Kylo Ren, Rey, Finn dan Poe meneruskan satu lagi misi mustahil, mencari lokasi rahsia Palpatine dan Sith. Namun misi mereka terganggu apabila rahsia gelap Rey mula terbongkar dan mereka mengejar masa sebelum Palpatine meneruskan rancangannya.

The Rise of Skywalker dilihat cuba untuk kembali ke landasan sebenar selepas The Last Jedi tersasar dari laluannya. Tetapi bagi saya, trilogi baru ini sebenarnya sudah bermasalah sejak filem The Force Awakens lagi. Idea kitarsemula telah menjadi duri dalam daging yang menyebabkan peminat menjauhi francais Star Wars. The Last Jedi cuba untuk mengelak dari dikatakan meniru trilogi asal, tetapi idea kreatifnya telah menyebabkan The Rise of Skywalker sukar untuk menyimpulkan Saga Skywalker.

BACA:  Review Filem: The Grudge (2020)

Plot filemnya sangat padat kerana disumbat dengan segala macam benda, dan terdapat sesetengah bahagian dibuat dengan secara tergesa-gesa. Babak-babak yang menceritakan latarbelakang Rey tidak begitu jelas dan meninggalkan plot hole terbesar dalam trilogi ini. Selain itu juga, story arc mengenai Kylo Ren dan ‘third act’ membuktikan Star Wars sekali lagi mengalami masalah dalam mencurahkan idea kreatif. Konflik Kylo Ren dibuat secara malas, dan pembinaan cerita mengenai Palpatine selepas Return of the Jedi dibiarkan tergantung begitu sahaja. Pada dasarnya, The Rise of Skywalker adalah ‘mashup’ kepada Empire Strike Back dan Return of the Jedi. Hanya bahagian permulaan sahaja yang berbeza, selebihnya tidak ada beza dengan trilogi asal.

Walaupun tersangkut dengan masalah idea kreatif, ia tidak bermakna The Rise of Skywalker membosankan. Filem kali ini boleh dikatakan seimbang dari segi aksi, konflik dan flow cerita. J.J. Abrams menyusun dengan baik sekali adegan-adegan aksi sepanjang penceritaannya. Ini sekaligus menghidarkan penonton dari merasa bosan. Penggembaraan ketiga-tiga watak utama dalam menjejaki lokasi rahsia Sith juga dibuat dengan begitu menarik, dan yang paling penting, watak sampingan tidak membayangi watak utama sepertimana filem sebelumnya. Cuma yang sedikit mengecewakan, ‘Lightsaber duel’ diantara Kyle Ren dan Rey tidak sehebat seperti The Force Awakens, manakala Knight of Ren gagal memberi impak sedangkan watak itu bagi saya sangat menarik untuk dijadikan lawan kepada watak antagonis.

Saya sebenarnya sangat berbelah bahagi dengan kemunculan semula Palpatine dalam trilogi ini. Pada awalnya saya beranggap ianya sebagai satu plot twist yang menarik. Tetapi kemunculan yang terlampau lewat iaitu pada filem ketiga merencatkan sedikit impaknya dalam membentuk satu jalan cerita yang tegang dan suram.

BACA:  Review Filem: Spies In Disguise

Terdapat beberapa babak dalam filem ini yang bagi saya sangat menarik perhatian, saya tidak mahu menceritakan dengan lebih mendalam kerana bimbang akan memberi spoiler besar, cuma saya boleh beri ‘hint’ kepada anda tentang babak yang minati, iaitu pada permulaan filem dan babak klimaks pertarungan diantara antagonis dan watak proantagonis. Babak klimaks itu mungkin pada anda sekadar babak biasa, tetapi bagi saya ianya sangat mengujakan kerana terdapat cameo karakter-karakter popular dalam francais Star Wars.

Kualiti produksi filem ini tidak dinafikan cukup baik sekali. Tiada kecacatan CGI yang saya dapat kesan. Paling mengujakan, mereka berjaya mencipta semula wajah Luke dan Leia sewaktu muda, dan babak kedua-dua watak utama trilogi asal Star Wars ini merupakan antara babak yang menarik minat saya seperti yang dinyatakan diperenggan sebelumnya. Runut bunyinya tidak dinafikan sangat terbaik, terutamanya bila berkumandangnya musik-musik klasik Star Wars.

Secara jujurnya, saya masih berpuas hati dengan filem penutup Skywalker Saga ini. Walaupun tidak dapat menandingi Return of the Jedi dan Revenge of the Sith, filem ini masih mampu memberi konklusi yang ‘happy ending’ dan dalam masa yang sama, meninggalkan satu kesan emosi. Tambahan pula, penamat yang dibiarkan terbuka membuatkan saya teruja untuk mengentahui Saga terbaru Star Wars dimasa akan datang.

RATING KAKIMUVEE: 7.5/10

Tinggalkan Balasan

shares