Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Review

Review Filem: Spilt Gravy on Rice (2022)

Setelah bertahun lamanya dihasilkan dan menjalani proses perbincangan yang begitu lama dengan pihak berkuasa terlibat, filem Spilt Gravy – Ke Mana Tumpahnya Kuah akhirnya berjaya ditayangkan di pawagam awal Jun 2022.

Filem ini dibintangi oleh pelakon pelakon berkualiti seperti Dato Rahim Razali, Zahim Albakri, Allahyarham Jit Murad dan ramai lagi. Zahim Albakri turut bertindak sebagai pengarah filem ini. Semestinya tidak ramai yang mengetahui bahawa filem ini telah siap penggambarannya pada tahun 2011 yang lalu.


Mengisahkan tentang sebuah keluarga yang mempunyai seorang Bapak bersama lima orang isteri beliau. Setiap orang isteri pada dasarnya mempunyai seorang anak hasil dari perkahwinan mereka. Tidak dinyatakan sama ada mereka berkahwin satu persatu atau bercerai mati terlebih dahulu barulah berkahwin dengan isteri baharu. Selain daripada isteri, anak – anak yang ada dalam keluarga ini mempunyai perangai dan masalah mereka sendiri terutamanya masalah sosial.

Apa yang menariknya berkenaan filem ini, pihak produksi pandai bermain visual dalam menyampaikan penceritaan mereka kepada para penonton. Kehidupan bermasalah anak anak si Bapak ini berjaya sampai kepada penonton dengan susunan masalah yang begitu kelam kabut pada permulaan filem ini.

Satu persatu masalah divisualkan kepada penonton dan jujur kalau boleh saya katakan bahawa pembuka filem ini begitu serabut. Serabut dari segi yang bagus sehingga kita dapat rasa aura masalah yang wujud dalam keluarga ini. Penceritaan bertambah menarik apabila susunan penceritaan semakin teratur bermula di pertengahan sehingga akhir filem ini sendiri.

Filem ini bagi saya sendiri sebenarnya mempunyai banyak lapis dan rasanya yang tersendiri di sebalik komedi gelap yang dimainkan dalam filem Spilt Gravy ini. Sepertimana kehidupan hampir kesemua keluarga di Malaysia juga yang mempunyai pelbagai lapis dan rasa. B40 dengan gayanya, M40 dengan caranya dan T20 dengan lagaknya. Pelbagai rasa. Pelbagai pengalaman.

Filem ini walaupun tidak sebesar filem filem yang ditayangkan bersamanya seperti Jurassic World dan KKN Di Desa Penari, akan tetapi filem Spilt Gravy ini adalah jenamanya yang tersendiri dan ada mesejnya yang tersendiri dan sudah tentu akan mengusik setiap hati yang menontonnya.

Sejujurnya, sedikit sangat daripada kita yang tidak pernah salahkan ibubapa walau hanya sekadar kesalahan kecil bukan? Akan tetapi, mereka sentiasa mencuba untuk menjadi yang terbaik buat kita dan sentiasa melakukan yang terbaik demi kita semua. Anak anak mereka. Itulah apa yang dimainkan secara tersirat dalam filem ini.

Rating Kakimuvee

4/5

Related posts

Review Filem: Mat Kilau – Kebangkitan Pahlawan (2022)

Ahmad Fariszuan

Review Siri: Star Wars: Bad Batch (2021)

Kakimuvee

Review Filem: Top Gun: Maverick (2022)

Kakimuvee

Review Filem: The Assistant (2022)

Ahmad Fariszuan

Review Filem: Tiga Janda Melawan Dunia (2022)

Ahmad Fariszuan

Review Filem: Menjelang Magrib (2022)

Ahmad Fariszuan

Leave a Comment