Review

Review Filem: Sonic The Hedgehog

Views

Amaran Spoiler!!!

Seperti semua sedia maklum filem Sonic the Hedgehog ini sepatutnya ditayangkan pada 2019 telah ditunda ke 2020, hal ini disebabkan gubahan semula “Character Design” setelah mendapat kecaman hebat  seluruh dunia oleh peminat peminat Sonic. Akhirnya filem Sonic sudah boleh ditonton dipawagam berhampiran anda bermula 13 Februari 2020.

Filem Sonic yang bertemakan Fantasy/Sci Fi ini diarahkan oleh Jeff Fowler dan ini merupakan filem pertama arahannya. Karakter Sonic ini mengunakan suara latar Ben Schawrtz dan disertai beberapa pelakon terkenal seperti James Marsden dan Jim Carrey.

Filem ini mengisahkan tentang Sonic seekor hedgehog biru yang telah dikejar musuhnya disebabkan kuasa kepantasan yang Sonic miliki dan menyebabkan Sonic terpaksa melarikan diri ke bumi memgunakan gelang teleportasi lalu bersembunyi dibumi di GreenHill America dan secara tidak sengaja dipertemukan dengan Tom Wachowski iaitu Sheriff dikawasan situ.

Pada suatu hari kuasa kepantasan Sonic telah dikesan oleh pihak Governmen dan mereka telah menghantar Doctor Eggman lakonan Jim Carrey untuk mengenal pasti gelombang misteri tersebut. Saksikan bagaimana pengembaraan Sonic yang cuba melarikan diri daripada manusia tergenius dunia Dr Eggman dari memperolehi kuasa yang Sonic ada.

BACA:  Review: Bulan Dan Pria Terhebat

Filem ini boleh diklasifikasikan sebagai filem yang mampu mengamit memori peminat permainan video Sonic. Tanpa disangkal lagi “characteristic” yang bawa oleh Sonic sangat tepat dengan Sonic yang kita kenal selama ini dan filem ini tidak gagal mengetengahkan Sonic sebagai watak utama tidak seperti filem filem sebelum ini dimana watak pembantu lebih menyerlah dari watak utama filem. Pembawaan karakter Dr Eggman oleh Jim Carrey sangat tidak mengecewakan, Jom Carrey kekal Jim Carrey yang kita kenal selama ini.

Storyline yang digarap untuk untuk filem ini agak ringkas dalam misi menyelamatkan diri dari pihak pihak jahat yang tamakkan kuasa yang dimiliki Sonic. Cerita yang disampaikan tidaklah terlalu memfokuskan kepada penonton muda sahaja malah bersesuaian dengan semua peringkat umur. Sedikit mengecewakan dibahagian ending filem ini dimana penutup filem ini boleh diklasifikasikan sebagai longgar dan telah meninggalkan plothole yang besar lalu membuatkan penonton disajikan dengan penamat yang lemah.

Akhir sekali, tidak salahlah penonton meminta untuk mereka “re-design” karakter Sonic dalam filem pertamanya ini dimana kita telah dihidangkan dengan filem Sonic yang kita harapkan selama ini. Sebuah filem yang menyeronokkan dan sangat berbaloi untuk ditonton oleh segenap lapisan penonton.

BACA:  Review Filem Netflix: 93 Days (2016)

RATING KAKIMUVEE: 8/10

Review overview

RATING KAKIMUVEE8

VERDICT

8Kesudian produksi mengubah rekabentuk Sonic banyak membantu menjadikan filem Sonic the Hedgehog sangat menarik dan mengamit memori para peminat pemainan video Sonic

Tinggalkan Balasan

shares