Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Review

Review Filem: Siti: Are You Ready? (2021)

(AMARAN SPOILER)

Penerbitan dokufilem dalam pasaran Malaysia dilihat agak kurang menjadi pilihan para penggiat filem namun pada penghujung 2021 atau lebih tepat lagi 30 Disember 2021, sebuah dokufilem berkisarkan kisah Penyanyi Nombor Satu Negara iaitu Dato Sri Siti Nurhaliza. Dokufilem Siti : Are You Ready? Lebih tepat lagi mengisahkan tentang perjalanan Dato Sri Siti Nurhaliza dan pasukannya dalam menjayakan Konsert Siti Nurhaliza On Tour yang berlangsung pada Februari 2019 yang lepas di tiga negara iaitu Indonesia, Singapura dan Malaysia sebagai lokasi penutup pada 16 March 2019.


Pengumuman penyiaran dokufilem ini telah dilangsungkan di aplikasi TikTok oleh Dato Sri Siti Nurhaliza sendiri. Rata rata seluruh peminat Dato Siti terutamanya para Sitizoners menyambut baik akan hal ini.

Berpeluang menyaksikan di sebalik tabir sebuah konsert besar seperti ini adalah satu perkara yang sangat seronok sebenarnya. Tidak dinafikan bahawa dokufilem Siti : Are You Ready? Pada kali ini dilihat penuh dengan rasa dan perasaan yang mungkin selama ini tidak diketahui ramai dan kita hanya menonton hasilnya sahaja iaitu konsert pada tiga tarikh keramat itu.

Sepertimana yang semua tahu bahawa Dato Siti adalah sebuah nama dan figura yang terkenal dengan sopan santun dan kemanisan adabnya dan sangat susah untuk kita lihat seorang insan bernama Siti Nurhaliza ini marah dan detik ini ada dipaparkan dalam dokufilem ini.

Bagi saya detik ini adalah antara moment yang agak “rare” dalam keseluruhan dokufilem ini manakala moment paling ikhlas pula berjaya ditonjolkan apabila Dato Siti mula menyebut perihal arwah bapanya dan dilatarbelakangkan dengan lagu Demi Kasih Sayang. Sangat ikhlas.

Sepertimana yang dikatakan di atas, dokufilem pada kali ini menyampaikan begitu banyak rasa dan perasaan kepada para penontonnya dan tidak terlepas juga terdapat beberapa moment moment yang dirasakan agak canggung dan tidak begitu sebati dengan acuan pada dokufilem kali ini.

Begitu juga dengan beberapa kesan khas visual yang diberikan pada sesetengah babak yang dilihat tidak begitu sesuai dengan keadaan dan memberi sedikit kecelaruan pada visual.

Kesimpulannya, dokufilem ini adalah sebuah dokufilem yang sangat istimewa bagi kalangan peminat Dato Siti Nurhaliza itu sendiri dan mungkin tidak mampu menarik minat golongan yang ada dalam kategori “casual watchers”.

p/s : penulis juga Sitizoners!

Rating Kakimuvee

3.5/5

Related posts

Review Filem: Emergency Declaration (2021)

Ahmad Fariszuan

Review Filem: Laal Singh Chaddha (2022)

Kakimuvee

Review Filem: Pengabdi Setan 2 : Communion (2022)

Ahmad Fariszuan

Review Filem: Gadis Jolobu The Movie (2022)

Ahmad Fariszuan

Review Filem: Carter (2022)

Kakimuvee

Review Filem: Prey (2022)

Kakimuvee

Leave a Comment