Review

Review Filem: Si Manis Jembatan Ancol (2020)

Views

AMARAN SPOILER.!!!

Sebuah filem seram dari seberang yang dihidangkan kepada rakyat Malaysia pada 2020 ini untuk permulaan tahun 2020 di akhir Januari. Tajuknya mungkin akan mengelirukan kepada mereka yang membacanya dan mungkin akan tertanya tanya apakah genre filem ini sendiri.

Filem Si Manis Jembatan Ancol ini mengisahkan tentang kehidupan seorang wanita yang dibesarkan begitu baik oleh si bapanya dan kini beliau telah mendirikan rumahtangga dengan suaminya yang tercinta. Pada suatu hari, seorang pelukis telah menetap di sebuah rumah berhampiran rumah wanita tersebut dan dipendekkan cerita, pelukis tadi telah meminta izin untuk menjadikan wanita tersebut sebagai model dalam lukisannya.

Si suami kepada wanita ini tadi pula terlibat dalam jenayah rasuah dan akhirnya telah jatuh bankrap kerana meminjam wang daripada lintah darat yang mana menyebabkan beliau tidak mampu untuk membayar balik pinjaman tersebut. Tambahan pula, beliau turut cemburu dengan pelukis tadi yang mana telah bekerja bersama isterinya dan pada suatu hari, beliau telah menyuruh lintah darat tadi membunuh isteri dan pelukis tersebut.

Dipendekkan cerita segalanya berjalan dengan lancar sehinggalah si suami tadi menyedari bahawa tindakannya itu melampaui batas namun segalanya telah terlambat dan beliau telah menyebabkan isterinya itu dihumban ke dalam sungai dari sebuah jambatan dan akhirnya menghantui penduduk disitu dan juga menuntut bela atas kematiannya.

Filem ini pada mulanya dilihat bergenre drama romantis dan bertukar kepada genre seram slasher dan akhirnya bertukar kepada genre aksi. Hal ini menjadikan satu kekeliruan kepada penonton tentang pemilihan genre filem ini sendiri yang mana jika dilihat kepada trailer dan posternya sudah pasti filem ini adalah filem seram.

Plot berjalan dengan begitu lancar pada 45 minit pertama menidakkan akan genre seram yang ditabalkan kepada filem ini. Juga begitulah anggapan penulis bahawa filem ini adalah sebuah filem bergenre drama romantik seperti Dua Garis Biru kerana penulis sendiri tidak menonton trailer-nya. Rupa – rupanya!!! Natasha Romanoff versi Indonesia tahun 1973 berselindung di sebalik topeng hantu!!!

Walaupun dilihat keliru pada genrenya, filem ini menyajikan penceritaan yang agak lancar dan ringan kepada penonton, walaupun terdapat beberapa ketidakselarian dalam kontinuiti filem ini namun perkara itu agak sukar untuk “diperasankan” semasa menonton filem ini lebih lebih lagi pada beberapa babak yang agak menakutkan.

Kepada mereka yang mungkin sukakan darah sana sini terpercik di dalam babak filem, filem ini mungkin sesuai bagi anda tanpa mengambil berat terhadap beberapa “detailing” lain.

Secara keseluruhannya filem ini masih berbaloi ditonton dalam keadaan ketiadaan filem box office sekarang ini di pawagam.

Review overview

RATING KAKIMUVEE6

VERDICT

6Kekeliruan genre yang sangat jelas, dan beberapa kesilapan dari segi teknikal dan kontinuiti, tetapi masih lagi berbaloi untuk disaksikan dipawagam

Tinggalkan Balasan

shares
Enable Notifications    Ok No thanks