Review Filem: Shazam!

0
47
views

**AMARAN SPOILER**

Selepas kejayaan Aquaman, Warner Bros Pictures melalui salah satu division filem mereka iaitu DC telah mengeluarkan sebuah lagi filem superhero pada 2019 ini iaitu SHAZAM!.

Kisah dibuka dengan permulaan watak penjahat dalam filem ini yang dilihat mempunyai konflik dalam keluarganya. Selalu direndah rendahkan dan diejek oleh bapa serta abangnya. Sehinggalah pada suatu malam, mereka mengalami satu kemalangan dan dari detik itu telah mengubah hidup kanak - kanak ini tadi dan akhirnya dikenali sebagai Dr Sivana.

Manakala watak utama sebagai SHAZAM pula merupakan seorang kanak - kanak yang tinggal di sebuah rumah keluarga angkat kerana telah terpisah dari ibubapa kandungnya sejak kecil. Kanak - kanak tersebut iaitu Billy juga berada dalam satu misi iaitu ingin mencari ibu kandung beliau.

Setelah dibawa ke suatu tempat misteri iaitu tempat persembunyian seorang wizard, Billy telah dianugerahkan satu bentuk kuasa oleh wizard tersebut kerana kemuliaan hatinya. Dalam keadaan terkejut dan teruja selepas memperoleh kuasa tersebut, Billy telah meminta tolong rakannya untuk menggunakan kuasa yang ada padanya.

SHAZAM pada kali ini dilihat menggunakan konsep yang agak berbeza daripada kisah superhero yang lain, sekiranya kita dapat lihat superhero yang lain kebanyakkannya telah mempunyai prinsip masing - masing dalam menentukan hala tuju mereka namun untuk SHAZAM, watak beliau sendiri dibina melalui penceritaan villainnya sendiri iaitu Dr Sivana.

Ramai diantara kita yang sudah sedia maklum bahawa SHAZAM merupakan satu karakter superhero yang lawak kerana dia secara umurnya masih lagi kanak - kanak. Hanya fizikalnya sahaja seperti dewasa dan lawak - lawak yang digunakan dalam filem ini juga bertepatan dengan pemikiran kanak - kanak itu sendiri iaitu selalu ingin melakukan sesuatu yang dilakukan oleh orang dewasa seperti ingin meminum beer, mempunyai wang yang banyak dan masuk ke kelab malam.

Walaupun tidak sepenuhnya dapat dilihat "superhero value" pada SHAZAM ini sendiri, namun apa yang ditonjolkan dalam filem kali ini sudah memadai dan selebihnya mungkin ditonjolkan melalui filemnya yang kedua.

WB dilihat berjaya mengekalkan visual filem yang cantik sepertimana yang telah mereka lakukan dalam filem Wonder Woman. Penggunaan "frame per second" yang agak tinggi dilihat berjaya menambahkan nilai ikonik pada filem ini sendiri.

Akan tetapi ada beberapa babak yang agak serabut dapat dilihat seperti babak final battle yang dilihat agak hilang arah. Mungkin kerana terlalu banyak watak yang berlawan dalam satu masa. Kesan khas yang digunakan juga dilihat ada masa yang agak kekartunan namun secara keseluruhannya agak baik.

Bagi yang masih belum menonton SHAZAM ini bolehlah berbuat demikian di pawagam terdekat bermula 3 April ini di pawagam terpilih dan 4 April pada hampir keseluruhan pawagam di Malaysia.

Rating Kakimuvee : 8.5/10

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here