Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Review

Review Filem: Selamat Hari Tak Jadi (2021)

Selepas membaca sinopsis dan menonton trailer “Selamat Hari Tak Jadi” arahan Dato’ Professor Dr. A. Razak Hj. Mohaideen, perasaan saya berbelah bahagi dek kerana barisan pelakonnya dan trailer yang kurang memberi impak.

Bagaimanapun, keterujaan itu tetap ada kerana filem terbaru ini mengetengahkan tema yang jarang sekali ada dalam senarai filem tempatan, iaitu ‘home invasion slasher’ dan pembunuh bertopeng. Memandangkan saya kurang gemar dengan barisan pelakonnya, saya hanya fokus pada penceritaan, elemen pencerobohan rumah, slasher dan tahap ketakutan yang saya perlu hadapi untuk melihat para mangsa diburu dan dibunuh pembunuh bertopeng. 

Secara jujurnya saya sangat kecewa dengan ‘execution’ Professor Dr. A. Razak Hj. Mohaideen. Idea yang menarik, tetapi disia-siakan pengarah tersohor Malaya itu. Pada satu tahap, saya sudah kagum dengan ‘twist’ yang dipamerkan dalam filem ini dimana ‘home invasion’ yang dihadapi Hani (lakonan Janna Nick) adalah rancangan rakan-rakannya yang mahu mengusik sempena hari jadi Hani. 

Bagaimanapun, selepas twist tersebut, pengarah hanya memaparkan adegan-adegan komedi bodoh semasa mereka mengusik Hani dengan pencerobohan rumah dan pembunuh palsu. Jujur kata, rasa seram itu 5 minit sahaja, itupun semasa babak sebelum rancangan sebenar terbongkar, selebihnya garu kepala tak tahu apa yang cuba disampaikan pengarahnya

Saya benar-benar kesian dengan pembunuh sebenar kerana pengarah tidak membenarkannya masuk ke rumah untuk memburu dan membunuh mangsa-mangsanya. Maka terpaksalah dia duduk diluar rumah bermain pisau sambil dimaki rakan-rakan Hani kerana ‘tidak buat kerja’.

Kekecewaan saya terhadap filem ini bertambah dengan lakonan yang cukup ‘annoying’. Lakonan Janna Nick saya tidak mahu ulasan kerana nanti akan disaman, Zalif Sidek bawa watak ..saya tidak tahulah wataknya lelaki lembut atau pondan, tetapi saya masih hairan kenapa masih ada pembikin filem memasukkan watak sebegini. Watak Issey Fazlisham, Nasz Sally, dan Danial Zain semuanya ‘fail’, dan sudah tentu tak ‘memorable’. 

Tetapi… jika filem ini benar-benar serius, benar-benar seram thriller atau slasher, dan tiada watak yang tidak sepatutnya, saya pasti cerita dan lakonan pasti akan menjadi lebih baik. Bukan apa, banyak pelakon yang cuba buat komedi, padahal mereka bukan ‘comedian’ dan akhirnya apa yang mereka buat menjadi komedi syok sendiri. Oh ya, adakah Prof. segan nak cuba sesuatu yang baru? keluar dari genre komedi?

“Selamat Hari Tak Jadi” sebenarnya menceritakan tentang Hani, seorang pelajar kolej yang digelar ‘prank master’ kerana sering mengusik rakan-rakannya untuk dijadikan konten YouTube. Setiap mangsanya akan berkata “kau akan terima balasannya”, tetapi hanya Puteri, salah seorang mangsa ‘prank’, sahaja yang melunaskan dendam terhadap Hani dengan menghadiahkan kek hari jadi.

Bak kata pepatah, buat jahat dibalas jahat. Hani yang sentiasa buat jahat dengan mem’prank’ orang lain, telah diburu pembunuh bertopeng. Hanya berseorangan dirumah, Hani ketakutan kerana bimbang akan dibunuh dan tidak sempat menyambut hari jadi. Tambah menakutkan, pembunuh tersebut meletakkan nota yang bertulis “Selamat Hari Mati” dengan pisau yang penuh darah, terpacak diatas meja.

Sudah tentu, nota tersebut akan membuat penonton merasa takut.. takut kerana tidak mahu melihat watak utama ditamatkan hayatnya dengan begitu tragis seperti mana yang dipaparkan dalam berita yang langsung tidak tapis visual pembunuh bertopeng membunuh mangsanya.

Tetapi, dikala sedang mengigil ketakutan, kita akhirnya mengentahui bahawa kita telah di’prank’ pengarah tersohor Malaya dengan satu lagi karyanya yang layak disimpan dalam stor, dan stor itu harus dibakar sehingga tinggal abu, dan abu itu hendaklah ditaburkan ke lautan agar karyanya dimakan plankton.

“Selamat Hari Tak Jadi” boleh ditonton di Astro First 480

Rating Kakimuvee

1/5

Related posts

Review Anime: The Way Of The Househusband (2021)

Kakimuvee

Review Filem: Jangan Sendirian (2021)

Kakimuvee

Review Telefilem: 18 Puasa Di Kampong Pisang

Kakimuvee

Review Filem: Dreamy Eyes (2019)

Kakimuvee

Review Filem: The Promised Neverland (2021)

Hasib Anwar

Review Filem: The Box (2021)

Hasib Anwar