Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Review

Review Filem: Salina (2020)

Sekiranya para pembaca masih ingat pada tahun 2020, industry filem Malaysia digegarkan dengan satu filem seram “soft-porn” yang bertajuk Suraya. Kini pada tahun 2021 sekali lagi industri filem tanah air digegarkan dengan sebuah filem seram misteri yang bertajuk Salina. Mungkin adik beradik lain emak kepada Suraya.

Hasil arahan Raja Mukhriz dan skrip oleh Ellyna Ahmad dan dilakonkan oleh Mona Allen, Dewi Amanda, Pekin Ibrahim serta beberapa cameo daripada legenda bidang lakonan tanah air iaitu Raja Azura dan Angeline Tan.

Filem Salina ini mengisahkan tentang satu peristiwa yang menimpa sebuah keluarga empat beranak pada suatu malam di sebuah rumah pusaka. Kisah tersebut berhenti di situ dan disambung dengan sebuah kisah lain yang tidak dapat dipastikan akan kesinambungannya antara satu sama lain.

Seorang wanita telah dihubungi oleh peguamnya untuk menghadiri satu pembacaan wasiat di rumah pusaka itu tadi. Wanita itu adalah Salina yang merupakan watak utama dan juga tajuk kepada filem seram ini. Setelah dibacakan wasiat tersebut, Salina menerima segala apa yang ada dalam wasiat tersebut dan dibantu oleh rakannya yang dilakonkan oleh Pekin.

Dalam pada mereka mempersiap rumah tersebut, mereka berdua telah terserempak dengan 3 orang kanak – kanak yang mana merupakan mangsa kepada kejadian awal dalam filem ini. Kemudian, Salina dan rakannya terus menerus menjaga tiga anak kecil itu tadi yang tiada siapa tahu dari mana datangnya walaupun katanya penduduk sekitar mereka lari daripada rumah anak anak yatim berdekatan.

Satu satunya perkara yang cantik dilihat dalam filem Salina ini adalah videografi dan sinematografinya yang boleh dikatakan agak mahal dan seolah olah filem yang aestetik. Selebihnya hanya mampu menjadi mimpi ngeri kepada penonton. Sebuah filem yang mempunyai penceritaan yang begitu caca marba sehingga tidak dapat dikenalpasti yang mana mula yang mana akhir.

Saya secara jujurnya cuba meneka akan halatuju jalan cerita filem ini sendiri akan tetapi tertiarap di tengah jalan kerana segala teori yang cuba dikemukakan kepada diri sendiri semuanya salah kerana jalan cerita filem ini dijalankan dalam keadaan yang sangat luar biasa seolah olah sebuah kenderaan yang bergerak dengan tayarnya menghadap ke atas.

Watak kanak – kanak tiga orang itu tiada siapa tahu daripada manakah asalnya kerana penceritaan yang sangat teruk walaupun ada diselitkan “backstory” akan tetapi tetap tidak mampu menutup cela yang ditunjukkan di awal filem ini. Penggunaan kesan bunyi yang membuatkan seolah olah kita menonton drama bersiri Tamil juga begitu mengganggu pengalaman menonton filem ini. Sekiranya diikutkan hati, mahu sahaja dibaling “smartphone” ke skrin pawagam pada ketika itu.

Dialog yang cukup kaku dan keras sedikit pun tidak membantu dalam menimbulkan minat para penonton untuk menonton filem Salina ini malah terus hanyut dalam kejengkelan filem ini. Saya juga sedikit sebanyak agak terganggu dengan perwatakan dalam filem ini sepertimana watak cikgu lelaki yang dilakonkan oleh Pekin Ibrahim yang mana watak cikgu ini digambarkan sebagai seorang yang suka dengan kanak – kanak dan kanak – kanak juga selesa dengannya.

Perincian watak pada watak ini dengan mudah dinegatifkan dengan satu babak di kedai makan di mana Cikgu tersebut menyuapkan makanan ke mulut budak misteri itu dengan seolah olah memberi orang dewasa makan dengan ayat penyata “nah.. makan..” sambil memaparkan riak wajah yang tiada minat langsung terhadap kanak – kanak tersebut.

Secara kesimpulannya, Salina hanyalah sebuah filem yang tidak mampu untuk dibanggakan dari aspek mana sekalipun kecuali dari segi visualnya. Bagi mereka yang mungkin ingin tidur dalam pawagam tanpa risau kerugian terlepas sebuah filem maka bolehlah menempah tiket filem ini untuk melunaskan rasa mengantuk anda di samping membantu kutipan filem Salina khasnya dan industri filem tanah air.

Rating Kakimuvee

1/5

Related posts

Review Anime: The Way Of The Househusband (2021)

Kakimuvee

Review Filem: Jangan Sendirian (2021)

Kakimuvee

Review Telefilem: 18 Puasa Di Kampong Pisang

Kakimuvee

Review Filem: Dreamy Eyes (2019)

Kakimuvee

Review Filem: The Promised Neverland (2021)

Hasib Anwar

Review Filem: The Box (2021)

Hasib Anwar