Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Review

Review Filem: Rumah Madu Ku Berhantu (2021)

Sudah lama rasanya tidak menonton filem hasil arahan Dato Prof Dr Abdul Razak Mohaideen di pawagam dan kali ini beliau tampil dengan buah tangan terbaharu beliau yang diterbitkan bersama oleh Multimedia Film Productions, GSC, Astro dan Six Fun Media iaitu Rumah Madu Ku Berhantu yang membawa genre Komedi Seram. Filem ini menampilkan pelakon pelakon ternama tanah air seperti Zizan Razak, Rita Rudaini, Nadia Brian, Azlee Jaafar, Saiful Apek dan ramai lagi. Mengambil masa kurang daripada 120 minit untuk keseluruhan tayangan.

Rumah Madu Ku Berhantu mengisahkan tentang seorang usahawan kereta terpakai yang tersilap menceraikan isterinya pada suatu hari kerana termakan dengan gurauan (prank) yang dibuat oleh isterinya. Setelah berbincang dengan pihak berkuasa agama, si suami telah merancang satu perkahwinan “cina buta” dengan seorang lelaki yang pernah beliau berkenalan. Tidak dinyatakan dengan jelas apakah hubungan mereka berdua akan tetapi mungkin sebagai rakan sahaja. Setelah mengahwinkan isterinya dengan rakannya itu, beliau telah ditimpa kemalangan dan meninggal pada hari itu juga lantas meninggalkan bekas isterinya bersama rakannya yang baru sahaja dikahwinkannya. 


Filem ini membawa konsep komedi seram kepada para penonton yang mana sebuah konsep dan genre yang tidak asing lagi bagi penggiat filem di Malaysia. Akan tetapi lawak lawak yang diisi dalam filem ini lebih kepada lawak lucah tayang punggung dan menjilat lidah serta lawak lawak bodoh yang hanya membuatkan penonton ketawa secara terpaksa atau hanya mendengus dengan nada yang tidak ikhlas. Tayangan tidak sampai 10 minit pertama, aksi separa lucah (softporn) telah dipertontonkan kepada para penonton.

Selain itu, perjalanan cerita yang tidak kena dengan tajuk juga menjadi satu lagi masalah filem ini (serta kebanyakan filem tempatan yang lain) mencetuskan rasa bosan ketika menontonnya. Anda boleh bayangkan sepertimana anda memesan nasi goreng udang di kedai makan akan tetapi tiada seekor udang pun yang ada dapat lihat dan setelah hampir habis anda memakan nasi goreng udang itu barulah anda perasan bahawasanya ada seketul kepala udang di dalam nasi goreng tersebut yang anda buang pada akhirnya atau dengan kata lain melihat filem kartun tanpa ada kartun di dalam filem.

Kemunculan lagenda pelawak negara seperti Saifuk Apek dan Azlee serba sedikit memberi rasa dalam filem ini berbanding dengan lawak “double meaning” yang dipertontonkan sepanjang filem. Selain itu, disamping kontroversi yang terpalit. Rita Rudaini dilihat masih berjaya dalam menyampaikan lakonannya dalam loghat utara mengingatkan kita kepada filem lakonannya yang terdahulu iaitu Mami Jarum Junior. Begitu juga dengan mesej yang diberikan iaitu berkaitan dengan hukum lafaz cerai yang boleh dianggap sebagai satu mesej yang penting kepada masyarakat dalam mengharungi zaman di mana ilmu agama dan rumahtangga dipandang ringan generasi masa kini.

Secara keseluruhannya filem ini hanyalah sebuah filem yang hanya akan memenuhi jadual tayangan sepanjang tempoh wajibnya sahaja dan sekiranya ingin dipertontonkan kepada kanak kanak adalah kurang sesuai kerana terdapat aksi aksi separah lucah dan lawak “double meaning” sepanjang filem berlangsung.

Rating Kakimuvee

1.5/5

Related posts

Review Filem: Gadis Jolobu The Movie (2022)

Ahmad Fariszuan

Review Filem: Carter (2022)

Kakimuvee

Review Filem: Prey (2022)

Kakimuvee

Review Filem: Decision To Leave (2022)

Kakimuvee

Review Filem: Mat Kilau – Kebangkitan Pahlawan (2022)

Ahmad Fariszuan

Review Siri: Star Wars: Bad Batch (2021)

Kakimuvee

Leave a Comment