Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Review

Review Filem: ROH (2020)


Bila kita ‘bersembang’ tentang filem tempatan, kebanyakan peminat filem akan berkata ‘filem tempatan tidak berkualiti’, ”tidak menarik’, ‘klise’ atau lebih teruk digelar ‘sampah’.

Tidak dinafikan, industri perfileman tempatan masih lagi bergelut dalam meningkatkan kualiti filem, cuma untuk mengatakan yang semua filem tempatan ini tidak berkualiti adalah tidak adil sama sekali kerana industri kita masih ada filem-filem yang boleh dibanggakan.

Bercakap tentang kualiti, suka untuk saya mencadangkan kepada anda tentang satu filem tempatan yang saya tonton awal bulan Mac yang lalu, iaitu filem ROH.  Filem arahan Emir Ezwan ini sepatutnya ditayangkan pada 19 Mac yang lalu, tetapi disebabkan pandemik COVID-19, ia terpaksa ditunda kepada 6 Ogos.

Berlatarbelakangkan zaman dahulu-kala, ROH membawa penonton merasai ketakutan yang dihadapi oleh sebuah keluarga daif yang menghadapi pelbagai peristiwa mistik dan seram selepas didatangi oleh seorang kanak-kanak perempuan.

Dikala filem-filem seram tempatan gemar bermain dengan hantu dan paranormal, ROH membawa penonton merasai sesuatu yang baru dalam genrenya dengan citarasa tempatan. Saya tidak mahu membanding ROH dengan filem-filem luar, cuma saya kagum dengan pengarahnya yang berani membawa sesuatu yang baru dan keluar dari klise filem-filem tempatan.


Mungkin ada yang beranggapan ROH sebuah filem yang berat, tetapi bagi saya, filem ini mempunyai jalan cerita yang ringkas dan ‘straight-foward’. Cuma twist dan ‘ending’ memerlukan penonton untuk berfikir sejenak dan memahami maksud keseluruhan cerita serta karakter. ‘Build-up’ filem ini sangat perlahan, bagi yang tidak gemarkan filem yang ‘slow-burn’ mungkin akan merasa bosan. Sejujurnya, saya suka cara ROH membina ceritanya, perlahan-lahan membawa penonton merasai ketakutan yang dihadapi oleh keluarga watak utama.

Salah satu kekuatan ROH terletak pada barisan pelakonnya yang mantap. Kredibiliti Nam Ron, Farah Ahmad dan June Lojong sebagai pelakon berkualiti tinggi sememangnya tidak saya dinafikan. Mereka memberikan komiten yang cukup tinggi dalam menjayakan watak masing-masing.

Nam Ron yang memainkan watak lelaki misteri berjaya membawa membentuk suasana seram pada cerita ini. Watak Tok lakonan June Lojong mungkin dilihat seperti tidak membantu kerana masanya diskrin agak pendek, tetapi watak ini memnberi twist yang tidak dijangka pada bahagian ketiga filem ini. ‘MVP’ sudah tentunya Farah Ahmad yang memainkan peranan sebagai Mak. Kesungguhannya dalam menjayakan watak seorang ibu yang terdesak menjaga anak-anaknya dari diburu maut sangat menjadi dan memberi kesan yang mendalam.

Kudos juga pada pelakon kanak-kanak Mhia Farhana, Harith Haziq dan sudah tentunya Putri Qaseh yang membawa watak kanak-kanak misteri. Mungkin asuhan dari pelakon yang lebih dewasa membuatkan watak mereka dalam filem sangat hidup.

Disebalik kualiti jalan cerita dan barisan pelakonnya, ROH tidak melupakan aspek teknikal filem. Sinematografinya memukau mata, malahan runut bunyi filem ini berjaya membangkitkan suasana yang cukup seram, seiring dengan ceritanya. Begitu juga pemilihan lokasi, rekabentuk produksi, solekan dan kostum para pelakon yang bersesuaian dengan latarbelakang filem ini. Aspek teknikal ROH tidaklah ‘perfect’ seperti filem-filem Hollywood, tetapi sekurang-kurangnya membuktikan bahawa filem tempatan sebenarnya mampu membuat yang terbaik dengan bajet yang rendah.

Secara keseluruhannya, filem ROH memberi sedikit sinar dalam industri perfileman tempatan yang semakin tenat dengan filem-filem yang bermutu rendah. Diharapkan filem-filem sebegini akan banyak dihasilkan dimasa hadapan, dan anda sebagai penonton haruslah menyokong filem seperti ini demi mengubah lanskap industri filem negara dan sekaligus membawa karya kita setanding dengan filem-filem luar.

RATING KAKIMUVEE: 8.5/10


Related posts

“REVERSI” Dipilih Untuk Pertandingan Rasmi Di Festival Filem Far East Udine Ke-26 Pada Tahun 2024

Kakimuvee

Viu Perkenalkan Drama Adaptasi Novel Popular, Jendela Hati Lakonan MK K-Clique, Anna Jobling dan Hanna Aqeela

Kakimuvee

Siri Popular ‘Kau vs Aku’ kembali untuk Musim ke-2

Kakimuvee

Unifi TV Melancarkan Kandungannya Sendiri

Kakimuvee

Review Filem: The Exorcist: Believer (2023)

Kakimuvee

Astro raih 16 anugerah di Asian Academy Creative Awards 2023

Kakimuvee