Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Review

Review Filem: Raya and the Last Dragon (2021)


Selama ini kita sentiasa dihidangkan dengan cerita khayalan dunia puteri raja yang penuh dengan unsur barat dan sebagainya namun pada 2021 kita disajikan dengan sebuah penceritaan kisah seorang puteri yang berasal dari Asia Tenggara iaitu Raya dan kisahnya “Raya And The Last Dragon” keluaran Disney. Ditayangkan di pawagam dan juga di web penstriman atas talian, Disney+.

Mengisahkan tentang sebuah kerajaan yang pada asalnya mempunyai satu nama dan rakyatnya hidup aman makmur disamping makhluk lagenda yang penuh magis iaitu naga. Seluruh rakyat hidup aman damai sehinggalah pada suatu ketika munculnya satu plag yang menyerang manusia sehingga menjejaskan kehidupan seluruh alam.

Menyedari tugas mereka melindungi para manusia, para naga sekalian telah membuat satu magik dalam bentuk bola cahaya untuk melindungi para manusia. Namun tidak semua perkara yang baik itu kekal sehingga ke akhirnya. Apabila wujudnya mutiara naga tersebut, kerajaan yang asalnya bernaung di bawah satu nama kini telah berpecah kepada beberapa bahagian dek kerana ingin merampas dan ingin memiliki mutiara naga tersebut.

Raya merupakan anak kepada pemerintah yang berasal dari kerajaan Heart. Pada suatu hari, satu kejadian telah berlaku di tempat simpannya mutiara naga tersebut dan menyebabkan mutiara itu pecah. Raya kemudiannya telah berusaha atas dirinya sendiri dan ditemani haiwan peliharaannya iaitu Tuk Tuk memulakan pengembaraannya dalam mencari kembali seekor naga yang dipercayai masih hidup sehingga saat itu. Dikenali dengan nama Sisu.

Dipenuhi dengan nilai nilai dan adab kebudayaan dari Timur, filem Raya and The Last Dragon pada kali ini sudah semestinya menjamin satu kelainan dalam penceritaannya. Pelbagai adab budaya dari pelbagai negara dapat diperhatikan seperti membuka alas kaki apabila masuk ke tempat suci sehinggalah kepada senibina bangunan yang diinspirasikan daripada senibina candi candi lama seperti Angkor Watt.


Nama Raya itu sendiri juga diinspirasikan daripada perkataan Melayu, Raya yang bermaksud sambutan atau keraian yang menghimpunkan ramai orang dalam satu satu masa dan maksud daripada nama itu sendiri berjaya diterjemahkan di babak akhir filem ini di mana Raya berjaya menyatukan seluruh penduduk Kumandra buat kesekian kalinya setelah berpecah bertahun yang lalu.

Penceritaan filem Raya and The Last Dragon ini juga dilihat begitu ringan tanpa mengabaikan aspek aspek yang penting seperti perkembangan watak yang seiring dengan jalan cerita yang disajikan. Menggalas tema kepercayaan, tema kali ini dilihat disampaikan begitu baik kepada penonton dengan pengaplikasian yang bagus ke dalam plot filem.

Kesimpulannya, filem Raya And The Last Dragon memberi satu pengalaman menonton wayang yang cukup tenang dan damai setelah sekian lama kita berehat daripada menonton filem di pawagam.

Rating Kakimuvee

4/5


Related posts

Alien: Romulus Menjadi Tajuk Rasmi Untuk Filem Alien Terbaru Arahan Fede Álvarez

Kakimuvee

Teaser MOANA 2 Dedahkan Tarikh Tayangan Sekuel Terbaru Disney

Kakimuvee

Review Filem: The Marvels (2023)

Kakimuvee

Pixar Sedang Membangunkan Projek Terbaru ‘CARS’

Kakimuvee

Review Filem: The Exorcist: Believer (2023)

Kakimuvee

Review Filem: The Creator (2023)

Kakimuvee