Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Review

Review Filem: Playing With Fire 


Amaran Spoiler!!!

Jika tahun lepas tahun 2019 kita telah disajikan dengan sebuah filem bertemakan Bomba yang dihasilkan oleh sebuah produksi filem tempatan, tahun ini kita dihidangkan dengan sebuah lagi filem bertemakan anggota penyelamat, cuma kali ini datangnya dari produksi Hollywood. Playing With Fire adalah sebuah filem mengenai sekumpulan pasukan Bomba yang telah menyelamatkan 3 orang kanak-kanak dari sebuah kebakaran didalam hutan, walaubagaimanapun penjaga kepada kanak kanak tersebut tidak dapat menghadirkan diri untuk mengambil mereka dan ini membuatkan pasukan bomba yang diketuai oleh Jake lakonan John Cena itu terpaksa menjaga mereka untuk beberapa hari.

Filem ini adalah hasil arahan Andy Fickman yang sebelum ini telah mengarah filem berjudul She’s The Man, The Game Plan, Scout Guide to the Zombie Apocalypse dan Paul Blart Mall Cop 2. Beliau sekali lagi cuba mengarahkan sebuah filem bertemakan komedi kekeluargaan berkonsepkan anggota Bomba di Amerika. Filem ini sudah boleh ditonton di pawagam seluruh Malaysia bermula 9 Januari 2020. John Cena juga dibantu oleh beberapa pelakon komedi yang lain seperti Michael Keagen Key dan John Leguizamo untuk menghidupkan suasana komedi didalam filem ini.

Playing With Fire adalah sebuah filem komedi yang nampak terlalu “try hard” untuk menjadi sebuah filem komedi dan berkemungkinan besar gagal memenangi hati kanak-kanak disebabkan skrip yang merapu. Tiada kanak-kanak yang menyukai lelaki berbadan sasa mengoyakkan baju didalam filem mereka berserta animasi kegemaran mereka. Tidak pelik bila mana Rotten Tomatoes juga cuma memberikan 22% rating sahaja untuk filem ini.

Cubaan pengarah adalah untuk menarik minat penggemar filem komedi dan kekeluargaan nampak begitu tersasar dimana unsur humor didalam filem ini terlalu janggal dipertonjolkan dengan bermodalkan lawak tahi dan lawak seorang lelaki berbadan sasa yang mempunyai kekurangan komunikasi social semata-mata. Ada beberapa bahagian didalam filem akan membuatkan anda terhibur tetapi ianya tidak dapat membantu menjadikan filem ini menjadi sebuah filem yang menghiburkan. Tidak lupa juga unsur animasi The Litle Pony juga banyak memainkan perasan dalam filem komedi slapstik ini. Tidak pelik jika reaksi yang akan anda rasai ketika menonton filem ini adalah campuran di antara “Eeewww dan Awwwh” dan perasaan bercampur baur ini akan membuatkan anda berharap supaya filem ini ditamatkan segera.


Plot yang diketengahan begitu ringkas dimana pada permulaan cerita Jake (John Cena) bersama anak buah pasukan bombanya berjaya memadamkan api kebakaran disebuah hutan berdekatan dengan mereka  dengan penuh bergaya dan permulaan yang bagus untuk kita tonton bagaimana pasukan bomba beraksi malangnya, itu sahajalah “scene” yang memaparkan anggota bomba beraksi melawan api dan selebihnya cuma suasana didalam depot bomba menjaga 3 kanak kanak nakal yang mereka  telah selamatkan, itu sahaja. Alangkah bagusnya jika mereka dapat memaparkan ketangkasan anggota bomba melawan api dan membuatkan penonton merasakan “moment” heroic buat anggota bomga seluruh dunia, malangnya ini bukan filem yang sedemikian.

Tidak banyak yang boleh diharapkan dalam filem bertemakan bomba ini dan filem ini juga dimatikan kesinambungannya apabila terselit bibit bibit percintaan Jake dan Dr Amy yang sangat janggal. Pada pengakhiran filem juga tidaklah terlalu menarik dan boleh dijangka membuatkan ketidakpuashatian anda menonton filem ini berpanjangan.

Kesimpulannya, ternyata nama besar seperti John Cena dan Michael Keagan Key juga gagal membuatkan filem ini nampak menghiburkan oleh kerana skrip yang terlalu lemah dan carca marba. Mungkin filem ini boleh berjaya ditahun 2005 tetapi tidak di tahun 2020.  Akhir kata, “Don’t Play With Fire or the Fire Will Eat you – Mahatma Gandhi”

RATING KAKIMUVEE: 6/10


Related posts

Review Filem: The Exorcist: Believer (2023)

Kakimuvee

Review Filem: The Creator (2023)

Kakimuvee

Review Filem: Sleep (2023)

Kakimuvee

Review Filem: The Equalizer 3 (2023)

Kakimuvee

Review Filem: Malbatt Misi Bakara (2023)

Kakimuvee

Review Filem: Concrete Utopia (2023)

Kakimuvee